Tuesday, August 4, 2009

MELANTAK

Foto : Inilah wajah anak yatim SriAl Ain di Acheh. Kami menerapkan nilai nilai "insan soleh" dalam kehidupan mereka

Bila teringat ramadan akan menjelma tak berapa hari lagi ni. Maka terbayanglah akan deretan kuih muih, lauk pauk dan apa saja makanan di setiap ruang pasar ramadan. Inilah masa untuk makan apa saja yang teringin nak makan. Bercerita pasal makan ni saya akan mengisi ruang blog saya mari masuk dapor setiap hari 2 jenis menu untuk membantu para ibu dan anak gadis saya di Jakarta iaitu Ummu Solehah, Ummu sakinah dan Dewi .

Dan saya akan mengisi ruang blog Halaqah Remaja Masjid dengan tazkirah harian dan itu cita cita sayalah. Dan ada lagi cita cita saya nak menyiapkan beberapa skrip yg terbengkalai dlm komputer saya. Dan ada lagi saya mahu anak yatim saya di Acheh menikmati juadah satu atau dua kuih bila berbuka. InsyaAllah ibu Rusnah akan cari wang belanja untuk kamu semua berbuka di bulan Ramadan ini. Kapada sesiapa yang berhajat untuk menghulur bantuan serta bersedekah untuk anak anak di Yayasan Darul Tahfiz Anak Yatim Sri al Ain Acheh boleh lakukan. Dan ini adalah amal jariah anda dan pahalanya menemani anda di dalam kubur nanti, kalau anda ada satu ringgit sedekahkan sepuloh sen, cantikan amalan itu.
Bercerita tentang makan di bulan puasa ini saya cadangkan 120 menu untuk anda, lihat dan teliti ye
1 Kuih keria
2Kuih koci
3 Akok
4Kuih Seri muka
5Kuih Cara
6 Bingka
7 Kuih talam
8Kuih cincin
9Lepat Ubi
10 Lepat Pisang
11 Buah Melaka
12 Kuih Kasui
13 Badak berendam
14 Cucur Badak
15 Agar agar
16Tapai
17Putu Mayam
18 Putu Bambu
19Roti Jala
20Kuih Lapis
21 Wajik
22 Dodol
23Puding
24Bubur kacang
25 Bubur caca
26 Bubur jagung
27 Sira durian
28 Lempok Durian
29 Karipap
30 Apam balik
30 Apam beras
31 Bubur pisang
32 Pengat Labu
33 Epok Epok
34 Kuih Sagu
35 Kole Kacang
38 Lempeng kelapa
39Kuih Karas
40 Baulu

Untuk hari ini saya tulis 40 sahaja dulu, esok saya akan sambung semula. Orang kampung saya kata kalau orang kuat makan ni di kata "melantak" ooo ganas sikit bunyi, tapi memanglah betul kalau di Malaysia ni orang orang bukan makan lagi , tapi melantak, cuba anda intai di negara yang sedang mengadapi kebuluran tegar, mampukan untuk kita "melantak" anda tak payah pergi jauh,



Foto : Jamuan hariraya di Kemboja selepas solat raya. Meriah dan sangat untung kalau anda sedekah makan, mereka sangat menghargai pemberian anda.

lihat sahaja di pendalaman Kemboja. Betapa susahnya mereka untuk mengisi perut dengan sedikit makanan, kerana kemiskinan tegar dan jika ada pun terpaksalah di bahagi bahagikan kerana di sini tidak timbul siapa dia dan siapa aku, semua harus membantu sesama umat Islam. Kerana kepupusan Islam di Kemboja sangat ketara. Bantulah mereka, Selamatkan agama kita.

Foto : Majikan di Malaysia sangat pemurah, sering mengundang pekerjanya makan malam bagi meraikan tugasan yang banyak memberi keuntungan pada mereka, Ya Allah rahmatilah rezeki majikan ini, ameen"

No comments:

Post a Comment