Foto : Tengah cari baju raya untuk Awang yang berada di Jakarta, tapi belum jumpa warna yang sedondong lagi.
Puasa belum sampai sesuku lagi, Bulan belum lagi mengambang penuh, tapi keghairahan orang untuk raya dah 4 bulan yang lalu. Orang yang paling banyak membuat duit pada bulan puasa ni untuk belanja setahun ialah tukang jahit yang mahir, tukang buat kuih raya.
Foto : Di tengah kota metropolitan ni, ada orang yang bawa periuk belanga ketengah bandar jual ala india, saya beli makanan kegemaran iaitu putu mayam dan kari perut kambing.
Kedai perabut pula menumpang rezeki dari orang yg meyambut raya juga. Dan yang paling bergembiralah peniaga bazar syawal di Jalan Tengku Abdul Rahman. Tiga hari sebelum ramadan lagi dah punggah barang dah.
Untuk cop tempat tahun depan, tahun ini dah siap borang diisi. Siapa yang tak pandai tu terkulat kulatlah pandang orang buat duit, bak kata orang kampong " menuanglah" maknaya rezeki mmelimpah luah. Tapi ingat ye dalam rezeki yang melimpah tu ada hak orang lain, zakat badan, zakat harta, zakat emas, zakat ternakan dan zakat kebun. Jangan tak bayar zakat nanti Allah tarik rezeki tu tanpa anda duga. Macam tsunami di Acheh, Allah tarik semuanya dalam masa tak sampai 30 minit.
Foto Cuba songkok, nak raya atau nak ikut jemputan berbuka puasa?
Kalau anda lihat selepas tsunami harta benda musnah habis dan banyak tempayan yang berisi emas hancur berderai, beginilah wanita Acheh menyimpan emasnya guna tempayan, begitulah banyaknya emas yang mereka kumpul dan bila ledakan panas berbaur belerang dari perut yang berada di laut telah naik kedarat . Maka harta yang kita simpan, sekali pun dalam tempayan yang di tutup kukuh habis semua di sapu ombak ganas, bila tsunami surut datang pula pencuri berbondong bondong mengambil emas yang banyak dalam tempayan tu.
Foto : Di sepanjang jalan Tengku Abdul Ramhan, dah mula meriah dan jualan dah banyak.
Semalam kami ronda ronda kat Masjid India dan di sepanjang jalan tu, wah wah betapa rambangnya mata tengok bunga bunga plastik yang kembang mekar, baju baju berbagai fesyen dan yang paling saya terpingga pingga ialah bila lihat ada satu fesyen rambut muda mudi sekarang namanya kalau tak silap saya "rainbom" anak orang melayu mewarnakan rambut dengan warna keemasan, seluar jeans sempit di kaki manakala mak wenya pula baju sendat atas pusat, dan seluar jeans yang pingganya di bawah pusat. Apalah nak jadi anak anak kita ni, rosak bangsa, rosak agama dan rosak negara.Wahai pemimpin janganlah rebut kuasa, tolong rebut peluang mendekat anak bangsa yang kian tersungkur ni.
Foto : Inilah anak bangsa kita yang kian tersungkur.Ini pemimpin harus pikirkan.
No comments:
Post a Comment