Thursday, September 2, 2010

SUDAH BIASA




Saya mengingati satu peristiwa yg mengajar saya jadi dewasa pada waktu yg cepat.Dulu kalau nak menyambut raya ayah akan beli sehelai baju dan sepasang kasut untuk lapan org anaknya, itulah rutin seiap tahun dan emak pulak akan buat kuih yg ala kadar saja seperti kuih goyang, wajib, lemang dan gulai ayam. Itu dah cukup meyeronokan.

Tapi pada satu ketika ayah jatuh sakit selama setahun dan saya waktu itu berusia sepuloh tahun dan belum faham sangat erti susah ni sebab sebelum pada ini kehidupan keluarga kami bolehlah di katakan ada jugalah nak pakai dan nak makan.

Tapi pada tahun itu ayah terlantar di tikar sebab sakit.Pada suatu ketika iaitu hari dah nak raya iaitu tinggal 2 hari lagi, emak tak buat kuih dan kami orang adik beradik tanya kenapa mak tak buat kuih, dia kata duit belum ada lagi nak beli tepung. Kami adik beradik rasa sedih juga dan bila tiba hari raya kami adik beradik bangun pagi pagi dan lepas itu minta baju pada emak dan dengan titisan airmata dia kata " mak tak ada duit nak beli baju, nanti kalau ayah kau sihat di belilah baju" kata emak, kami adik beradik rasa emak memang tak patut tak belikan kita orang baju raya.

Lepas itu kami kedapor nak cari makanan utk makan di pagiraya, bila buka tudung saji alangkah sedihnya ada nasi sejuk dan goreng sadin saja. Kami berpandangan dan saya lari ke bawah rumah sambil menangis nangis kerana memikirkan kenapalah emak dan ayah aku ni susah sangat hinggalah nak beli daging pun tak ada dut dan tidak ada baju baru. Saya merajuk satu hari hingga tertidur di bawah rumah.

Kini baru saya faham bahawa hariraya itu adalah hari yg sangat istimewa buat kanak kanak yang seusia saya sewaktu itu,mahukan baju baru dan makan kuih raya. Dan peristiwa ini megimbau bila saya teringatkan anak anak mangsa banjir di Pakistan yang menjadi mangsa bencana alam seramai 70,000 orang.Bagaimana kanak kanak ini melalui detik waktu lebaran yg indah ini? Oleh itu saya yg melalui detik kesusahan di zaman kecil dapat merasai bahawa baju raya dan sedikt kuih amat bermakna untuk mereka dan saya berhasrat untuk membela nasib kanak kanak mangsa banjir ini dengan menghantar bantuan untuk mereka.

Kalau kita umat Islam yg berhati perut bantulah mereka bukan untuk bermewah tapi untuk menghiburkan hati kanak kanak.Insyallah saya akan ke Pakistan dalam masa terdekat ini untuk mendirikan sebuah madarasah dan menyalurkan bantuan pendidikan untuk mereka. Untuk kanak kanak di Kemboja yang susah itu saya akan berusaha untuk terus membela nasibnya.

No comments:

Post a Comment