Thursday, October 15, 2009

Nasib di rundung malang

Foto : Bantulah mereka, kerana hidup kita di atas dunia ini umur kita tidak akan menongkat langit, berakhirnya nyawa kita tanpa kita ketahui dgn cara yang macamana.Hari ini musibah datang kepada mereka, jangan lupa apakah jenis musibah untuk kita pula.

Dalam perjalanan menuju ke tempat yang femous di tika ini di Daerah Pariaman iaitu Desa Gunung Tigo. Suasananya sangat mengundang simpati,kesedihan,kepiluaan,keresahan dan simpati pada orang orang yang di rundung malang iaitu kehidupan selepas musibah.

Saya ingin nasihatkan pada anda yang ada kesempatan ruang masa, kewangan yg lebih dan kesempatan kudrat pergilah ziarah orang yang terkena musibah. Lihatlah betapa kesianya mereka ingin memulihkan daya tahan mental mereka setelah melalui detik detik mati hidup kembali. Kalau kita di tempat aman dan belum di datangi musibah lagi ini mungkin tidak merasai apa apa perasaan pun sekali pun media massa dan kaunter kutipan bantuan menjengah di depan mata. Anda akan geleng kepala aje tanda anda tidak mau bantu atau anda hulurkan lebihan ringgit selepas membeli KFC dan Micdonal's dan tidak saya nafikan juga ada yang mengeluarkan puluhan, ratusan dan ribuan ringgit untuk menyumbang. Tapi yang paling banyak sekali ialah RM1.

Foto : Sudah habis semuanya.Yang tinggal hanya kekuatan mental dan fizikal saja bagi meneruskan hidup ini.

Dalam perjalanan yang memakan masa selama 2 jam itu tidak jemu jemu mata memandang di sepanjang jalan anak anak kecil, kaum wanita, warga emas dengan pakaian yang lusuh, muka yang kusam dan rambut tidak terurus menadah kotak kotak mohon di isi walaupun rp 1000 (37 sen).

Kadang kala itu ada yang sampai menahan kereta yang lalu lalang untuk mereka serbu bagi memohon sedikit duit untuk mereka meyambung kehidupan, bagi mereka sudah tidak ada rasa malu,segan kerana hidup pasti di teruskan dan yang terkorban tetap pergi yang hidup mahu meneruskan perjuangan mereka.

Tekanan perasaan pada mangsa musibah adalah satu kesedihan kerana keluaraga yang di sayangi mungkin terkorban di depan mata, rumah yang dibina hasil dari titik peluh puluhan tahun ranap dalam masa sampai 20 minit dan kebun tanaman atau binatang ternakan rosak dan hilang begitu saja dan yang tinggal hanyalah gundahan hati mohon simpati. Buat anda yang mungkin berhati sekeras besi waja mungkin akan memalingkan muka bila ada orang mohon bantuan, tapi saya ada temui orang yang sangat baik dan pemurah sehingga dia sanggup mengorbankan wang ringgit dan hartanya untuk membantu orang susah.

Kalau kita membantu tak payah fikir untuk balas kebaikan kita itu kerana hidup manusia ini ibarat roda, tiada manusia yang hidupnya tidak pernah di timpa kesusahan walaupun dia hidup dalam gedung duit atau emas sekali pun.

Lakukan sesuatu dengan iklas dan tangan di atas itu sangat mulia dan tangan keramat kerana sanggup memberi. Esok saya akan sambung lagi khabar dari bumi Minagkabau ini.


Foto : Bangunan yang gagah dan tersergam indah tersungkur menyembah bumi dengan gegaran yang yang tidak sampai 10 minit

No comments:

Post a Comment