Foto : Syurga dunia, tempat para pelancong membeli belah, tapi kini tinggal kenangan. 80% kota Padang musnah dan rosak. Pasar di Kota Padang.
Foto : Di Sg Kapar, rezeki Allah melimpah ruah.Manusia mengautnya dengan tamak dan tidak terfikir untuk membersihkanya dengan berzakat atau sedekah.
Foto : Bulan ramadan sama aje dengan bulan lain. Tiada lagi menjalankan rukun Islam. Hidup penuh dengan nikmat dan di laknat.
Sebelum 30 Sept 09 saya ada pergi ke Kota Padang melalui Perlabuhan Kelang, naik feri ke Dumai dan terus aje Pekan Baru dengan menaiki kereta selama 5 jam dengan keadaan jalan yang memeningkan kepala dan apabila sampai ke Pekan Baru kami tidur semalam di sebuah hotel yang sederhana murah kerana hari dah jauh larut malam. Malam itu kami bersahur dengan rendang dan nasi Padang, rasanya sama dengan masakan mak saya Negeri Sembilan.
Sepanjang pagi itu kami banyak merakamkan gambar gambar masjid yang cantik dan menarik untuk koleksi sebuah buku yang berkaitan dengan tempat ibadah orang Islam di Asean .InsyaAllah buku ini akan menjadi satu wadah pengetahuan umum untuk generasi sekarang dan akan datang.
Tengahari itu kami ke Padang dengan menaiki kereta sewa dengan perjalanan selama 10 jam dan dalam perjalanan itu saya sungguh kagum dengan bumi Minankabau ini. Kerana sepanjang perjalanan itu pemandangan kami di saji dengan sawah padi, gunung ganang dan rumah rumah minang serta masjid masjid yang sangat seni dan menarik.
Bila terjadinya gempabumi pada 30hb Sept 09 ini maka terbayanglah saya pada keindahan alam fauna yang sangat indah telah Allah jadikan dan saya sempat melihat pemandangan anak anak gadis yang boleh di kira dengan jari yang bertudung dan masing masing ini berpakaian setaraf dengan warga New York. Dan bila azan berkumandang ramai yang tidak mengindahkan seruaan untuk solat berjemaah dan mereka ini terus menerus mengali rezeki Allah yang tidak pernah habis. Satu lagi yang membuatkan saya rasa teringat ialah ramainya anak muda (cowok) yang memakai anting anting, gelang dan rantai besi dan mereka ini seperti satu budaya. Manakala anak gadisnya memakai seluar jeans sendat dengan T-Shirt setakat pusat saja.
Muda mudi ini memenuhi kota Padang. Bila gempabumi mengegarkan bumi Minangkabau maka saya teringat kenapa di Gunung Tigo ini musibahnya bumi menelan manusia? kata seorang siak di sebuah masjid tua di Desa Alai iaitu bahawa di Gunung Tigo ini adalah tempat bercanda kasih atau memadu asmara para remaja. Bila saya lihat pemandangan di Gunung Tigo ini pemandanganya amatlah luar biasa cantiknya dengan intaian mentari petang di celah celah gunung dan lurah lurah yang mengalirkan sungai sungai serta dengan lambaian daun kelapa yang melampai tinggi serta tempatnya yang sejuk dan anyaman sekali, manakala hutanya sangat cantik menghijau. Inilah anugerah Allah buat hambanya dan anugerah ini tidak di hargai dan tidak di bawa kearah kebaikan. Saya berharap buat anak anak muda janganlah anda membudaya diri anda dengan perbuatan sesama jenis atau berlawanan jenis secara haram.
No comments:
Post a Comment