Foto : Sampaikan sumbangan kepada orang di timpa musibah
Hari ini saya sambung lagi khabar dari Minangkabau iaitu bumi yang di gegarkan dengan gempabumi baru baru ini.
Hari kedua kami di sana kami telah menyinggahi sekali lagi di rumah bonda ustaz Yasser. Saya sungguh teruja dengan watak Ibu yang sangat baik dan berbudi bahasa itu. Sungguh menarik sejarah ibu yang berusia akhir 60an itu.Tapi kita tinggalkan riwayat menarik ibu itu dan saya mahu membawa anda menjelajah ke bumi gempa ini.
]
Sebelum kami bertolak ke tempat yang terkena gempa itu kami telah mengagihkan buah kurma first class yang di bawa oleh ustaz Yasser sebanyak 5 kotak dari Malaysia . Kami mengisi kurma itu kedalam plastik kecil untuk di agih agihkan, kata Ustaz Yasser rumah yang ada kurma dia tidak akan rasa kelaparan dan ustaz Yasser juga telah membeli 3 guni beras serta beberapa sarang telur. Saya kira ustaz Yasser adalah orang yang sangat prihatin tentang kesusahan dan saya jarang bertemu dengan peribadi insan yang sebaik ini.
Foto : Ustaz Yasser, insan yang berhati baik dan iklas. Seorang nenek menangis bila bertemu denganya.
Sebelum bertolak ke Padang kami mendapat tahu bahawa beliau tidak mempunyai duit untuk tambang balik ketempat darahnya yang di landa gempa tapi kalau sudah rezekinya melalui kami maka kami telah mebeli tiketnya untuk sehala perjalanan dulu .Selepas tiketnya di beli maka rezekinya mula melimpah limpah, itulah yang di katakan rezeki orang membuat kerja Allah ini akan Allah akan lipat gandakan dan dia telah membawa sumbangan dari rakan taulan untuk di sampaikan ke mangsa musibah.
Foto : Fotografer remaja Mohd Nukman bersama mangsa musibah sedang bersantai santai.
Setelah selesai kami mengagihkan beras dan kurma kami telah tempat musibah itu dengan mobil yang di pandu oleh seorang pak supir yang baik dan peramah yang bernama Ben. Dalam perjalanan ketempat musibah itu kami telah melalui jalan yang di penuhi oleh orang orang yang menadah kotak kotak untuk menerima sebarang sebarang sumbangan dari orangramai. Betapa sedihnya bila anda melihat situasi ini dan ramai sekali anak anak muda yang kuat membantu rupanya dan ada beberapa NGO dari dalam dan luar negara yang bertungkus lumus membantu mangsa musibah ini.
Rupanya ramai orang berhati baik, mulia dan ringan tulang membantu orang yg di dalam musibah. Kalau anda tidak mahu membantu itu tidak apa apa dan anda peluklah tubuh anda dan anda simpanlah rasa "ala orang dah bantu, apa aku nak tolong, biarkan itu mereka yang kena musibah, aku di sini selamat" dan anda simpanlah rezeki anda itu, tapi sebenarnya masih ramai lagi insan yang pemurah. Allah itu maha Adil. Esok saya sambung lagi cerita menarik dari bumi Minangkabau ini dan tunggu ye sebuah buah tangan dari saya yang akan terbit tidak lama yang bertajuk "Gegeran di Bumi Singalang" buku ini penuh dengan gambar yang menarik dan cerita yang berimformasi yang akan saya gabungkan dari 3 peristiwa saya lalu selama berada di sana iaitu Gempabumi yang luarbiasa, Ilmuan Hamka insan yang berilmu yang tiada tolok bandingya dan keindahan tanah Minagkabau.
Foto : Siapa yang mahu menafikan keindahan bumi Minangkabau ini.
No comments:
Post a Comment