Friday, October 16, 2009

Musibah Lagi

Foto :Cuba anda lihat dipuncak itu masih utuh lagi khemah majlis khawin. Kemana perginya pengantin itu? kami pun tak tahu apakah mereka masih hidup atau telah terkorban,hanya Allah saja yang tahu.


Lagi musibah datang,Ya Allah jika hamba Mu banyak melakukan perkara yang membuat Kau murka ampunilah, sesungguhnya dugaanMu dan ujian amatlah berat buat hambaMu yang lemah dan hina ini. Hari ini pada jam 4.45 petang waktu tempatan satu lagi gempabumi yang berlaku di Bandar Lampung,Durasi,Jakarta. Kejadian gempabumi selama 5 minit dengan kekuatan 6.4 SR.

Rasanya kami tak berupaya lagi untuk bercerita tentang gempabumi,banjir, tanah runtuh dan tsunami. Sudah tidak terhitung lagi angka angka korban . Tapi walau apapun lapuran lengkap tentang gempabumi di Bandar Lampung belum lagi kami terima dengan sepenuhnya dan saya sentiasa menanti perkembangan lanjut tentang gempabumi tersebut.

Ok lah saya mahu sambung perjalanan MISI KEMANUSIAAN kami di bumi Minangkabau.Setelah kami melalui perjalanan yang jauhnya boleh tahan juga maka kami pun sampailah di lapangan Pasar Sei Geringging untuk parking kereta di situ, kami lihat ada khemah anak anak pelajar dari Universiti Andalas telah membuka posko perubatanya untuk orangramai.Dan ramai sekali sukarelawan yang menjalankan tugas masing masing.Saya berjumpa dengan teman teman sukarelawan dari Malaysia,kalau ada musibah asyik asyik orang sama saja jumpa.Agaknya tak ramai sukarelawan yang mahu buat tugas begini, korban masa,wang ringgit dan tinggal anak isteri.

Dari lapangan pasar itu kami telah meyewa beberapa biji motor untuk ke tempat kejadian itu.Untuk sampai ke kawasan musibah di Gunung Tigo sangat sukar untuk pergi kerana jalanya retak dan terputus .Ramai sekali anak anak muda memberi perkhidmatan motornya dengan kadar bayaran Rp 30,000. Alhamdulillah akhirnya kami sampai juga di tempat kejadian tersebut.Tak dapat nak di bayangkan betapa besarnya kuasa Allah sehinggakan tidak tergambar dan tidak di terima oleh akal manusia yang waras ini. Saya pernah melihat bencana tsunami di Acheh pada Dec 2004, saya masih lagi boleh menerima hakikatnya walaupun kemusnahan sungguh teruk, tapi kesan gempabumi yang didepan mata saya ini dengan tanah runtuh yang sedalam 100 kebawah seperti kawah, atau akan jadi danau satu ketika nanti. Saya rasakan bahawa kami yang melihat dari atas ini adalah seperti semut yang merayap aje.

Anak saya no 4, Nukman, bapa saudaranya Azizi dan Ustaz Yasser telah turun kedasar runtuhan tanah itu dengan membawa kemaranya untuk merakam bekas musibah itu. Dari cerita yang kami dengar bahawa pada hari kejadian tersebut ada majlis kenduri khawin seramai 300 orang yang meraikan majlisnya. Khemahnya masih tegak lagi dan rumahnya masih ada lagi,di sepanjang lerengan tanah runtuh tersebut terdapat banyak pinggan mangkuk,periuk belanga, tilam bantal dan berbagai lagi peralatan rumah dan Quran.


Foto : Dari kiri Ustaz Yasser,Azizi dan Nukman.Sukarelawan BERSAMA


Di dasar tanah runtuhan tanah itu masih banyak lagi korban yang terbenam dan telah istyhar sebagai kubur massal(kubur besar) Cuba anda lihat gambar tempat runtuhan ini masih ada saki baki kampung itu yang sangat cantik dengan beberapa buah rumah dan di penuhi pohon pohon kelapa, dan cuba anda bayang kemana perginya kampung itu, iya kampung itu telah terbenam.


Foto : Lapisan bumi

Ya Allah bahawa hambaMu ini tidak dapat nak bayangkan ujianMu itu,teringat pada peristiwa banjir besar di zaman Nabi Noh.

Ya Allah kalaulah hambaMu banyak melakukan dosa ya Allah kau ampunkanlah bahawa dari pemandanagan musibah ini saja hambaMu rasa sangat gentar dan takut dengan balasan dari Mu.

Rayuan saya kalau anda ada lebihan duit anda sumbangkanlah untuk mereka yang sedang didalam musibah itu. Sesungguhnya musibah gempabumi yang sangat ngeri dan boleh membuatkan mereka yang terkena musibah itu akan truma.

No comments:

Post a Comment