Friday, February 10, 2012

KALAU DAH TIADA KERJA

Foto : Masjid ini dlm pembinaan, sgt menarik perhatian saya, insyallah saya akan bina sebuah masjid seperti ini di Madarasah Darul tahfiz Kg Bak Bak, Maran Phg.

"Sekali melangkah jangan kita berundur" jangan kita suka main dgn kata kata.selalunya org suka sesuatu, mungkin ada sebabnya, atau mungkin untuk menutup sesuatu yg tidak kita pastikah disebalik kata kata itu,apa maknya "sekali kita melangkah jangan kita berundur"?

baru baru ini dlm perjalanan kami ke Maahad Tahfiz Wal Qiraat ke Pasir Mas Kelantan. Perjalananya sgt memenatkan, dari rumah hujan lebat mencurah curah, lepas tu naik bas 9 jam, nasib baiklah naik bas 2 tingkat.Bas yg kami naik ini pemandunya macam pelesit bawak bas tu, kalau berlaku sesuatu sudah tentu satu bas itu warisnya tak akan kenal, saya tak dpt tidur sangat walau mata sgt ngantuk sebab memandangkan jalan yg dilalui oleh bas itu seperti macam jalan kereta lumba dilitar sepang.

Sampai saja di stesen bas Pasir Mas, masa tu suasana di situ dah sibuk org yg berjualan memunggah barang barangnya utk dihantar kepasar dan kami seramai 17 org telah menapak kemasjid dgn mengheret beg sejauh 10 minit perjalanan, sampai di masjid waktu subuh pun masuk dan kami mengerjakan solat subuh berjemaah.

Setelah itu kami mengambil masa selama 3 jam utk membersihkan diri di Masjid itu dan melepaskan penat lelah , ada juga ibu ibu yg membeli belah barang keperluaan untuk anak anak yg hendah masuk ke Maahad tu, kami sarapan di pasar Pasir Mas...waaah nasi dagang, nasi kerabu dan macam macam lagi, yg paling tak tahan di sini minumanya, manisnya memang luarbiasa kalau 30 hari minum teh tarik kat sini pasti masuk hospital dan potong kaki sebab kemanisanya blh jadi darah akan naik mendadak.

Selepas ibu ibu itu buat persiapan untuk anak anak mereka kami pun mencari teksi untuk ke Maahad, alhamdulillah lah ada teksi yg mau kesana dengan tambang RM 20 satu teksi.

Semasa perjalanan didlm teksi itu rupanya ada hati hati yang bengkak, hati tak senang dgn apa yg orang buat, semasa dlm teksi adalah seorg pemandu yg membawa ibubapa pelajar ini telah mencucuk jarumnya"buat ape nak masuk sekolah kat sini" tanya driver teksi tu pd salah ibu"sekolah ni baguslah, saya nak anak saya jadi pandai" balas ibu"eeeeh mu ni dah saloh tepat (tempat) sekolah ni dia tok belajar sangat..budok budoknya jual barang kebandar, dan kat sekolahnya dah beberapa bln tak dok air, buat paip sendiri" kata driver itu.

Selepas itu kami pun sampailah ke Maahad itu, saya lihat wajah ibu yg telah termakan hasutan driver itu muram dan suram, matanya merah dan dia telah berpakat dengan ibu ibu yg lain.
Akhirnya ibu yg mendengar hasutan itu telah membuat kesimpulan dan rancangan untuk tidak mendaftarkan diri di Maahad itu

Akhirnya dia pun balik tanpa menghirau kami yg memujuknya supaya tidak mendengar hasutan jahat itu.

Ibu yg mendengar apa yg dicerita oleh driver itu tidak dpt menapis kata kata itu,dia tidak dapat menolak hasutan jahat itu dan manakala ibu yg lain itu pun berkata "kalau benarlah bagai dikata oleh driver itu kami akan tarik anak kami keluar dari Maahad itu.

Inilah agaknya tempias desas desus peristiwa yg di war warkan oleh akhbar tentang budak budak jual barang utk mencari kekayaan untuk ustaznya telah dijadikan bahan utk memfitnah pada sekolah yg tiada kiatan dgn kegiatan itu,

Itulah saya nak ingat pada semua org kalau bercakap tu jangan mendabik dada kononnya dia ni kalau melangkah tak akan berundur....sekarang siapa yg berundur?
Org Islam sendiri meruntuhkan Islam

No comments:

Post a Comment