Sunday, February 19, 2012

BELAJAR JADI PENULIS

Memanglah minat saya dlm bidang penulisan tu sejak kecik kecik lagi, dulu dulu nak belajar jadi penulis susah, kalau nak jadi penulis kena belajar sendiri, baca tulis orang dan buat kajian.

Kalau satu bulan tu dpt beli satu majalah atau buku memanglah rasa sgt bertuah.Kalau tidak pinjam ajelah.

Hari ini org jadi penulis dah jadi mudah dan senang.Bahan banyak,kursus dan seminar banyak dan macam macam lagilah kemudahan yg dah tersedia.Hari ini org blh menghasilkan buku seminggu satu buku...saya pun tak taulah dia tulis macamana...pelik juga ye.

Saya menghasilkan buku saya yg pertama bertajuk"RAMADAN TIBA LAGI" tu selama 3 thn,

saya seorg aje yg tulis dan buat peyelidikan dgn berbagai bagai cara.Pernah saya mahu putus asa bila apa yg saya rancang tak kesampaian.

contohnya didlm buku itu ada saya masukan niat berbuka puasa, kenapa saya masukan niat ini? mungkin org kata "aaah benda macam ni pun nak masuk"

sebenarnya kita pikir remeh, tp tidak seremeh itu?pernahlah satu hari dibln ramadan saya pergi kerumah org beradalah juga.Dia mengajak kami berbuka puasa dirumahnya dan dirumahnya ada seorg anak lelaki bujang yg berusia 17thn, isterinya, org gajinya org vietnam.

Tiba waktu berbuka penuh atas mejanya sampai terbeliak bijik mata saya tengok, rasanya kalau dihabiskan makan mungkin 2 hari blh kenyang.

Bila azan aje, kami pun duduklah untuk berbuka dan sebagai nak menghormati tetamu kami telah menyuruh tuan rumah baca niat buka puasa , dengan senyum tersipu sipu tuan rumah yang berusia 57thn itu berkata" maaf, puan saya ni tak tahu baca niat/doa buka puasa, selalunya bila buka puasa saya baca bismilah aje"

Saya pun tersipu sipu jugaklah sambil mengaru garu kepala yg tak gatal.Lepas dari itu saya telah mengambil pengajaran bahawa didlm bidang agama ini terlalu ramai yg jahil.Mungkin dibidang lain mereka tidak jahil.

Saya kagum dgn penulis penulis lama yg tidak tahu nak "copy paste" sebb itu nama Za'aba,Pak Sako dan banyak lagi nama yg tersohor itu tak lapok dek hujan dan tak lekang di tanah.

Berbalik dgn buku saya yang bertajuk "Ramadan Tiba Lagi" adalah sebuah karya yg saya garap,tulis dari cover ke back cover dan saya juga ingin mendidikasikan buku itu buat guru saya yg banyak melentur yg dah macam rebung ini iaitu Ustaz Wan Noh Wan Hamat.

Buku ini jualanya bagus dan baru baru ini bila saya lihat di internet bahawa buku ini ada jualanya, alhamdulillah.

Saya kira didlm pembikinan buku ini penerbit tidak perlu aturkan syarat yg tidak munasabah,sbb buat buku ni susah, buat skrip aje makan masa bertahun, belum lagi edit dll lagi.

Tp bila buku ada lonjakan dlm jualan pasti ingat itu bukan usaha penerbit seorg dan sebagai penerbit jangan kira bahawa buku yg diterbitkan itu jadi hak milik dan penulis ditindas macam kutu aje.

saya ucapkan terima kasih pada penerbit buku "Ramadan Tiba Lagi" dan insyallah selepas daripada ini setiap penulis mesti berhati hati memilih penerbit utk menerbitkan bukunya dan jangan penerbit makan daging, penulis hirup kuah aje, itu pun kalau ada kuah...kalau tak berkuah macamana...pandang ajelah.

Carta POPULAR Paling Laris - Minggu Pertama, Ogos 2011 ~ ( 01 Ogos 2011 - 07 Ogos 2011 )

by PilihanPopular Wadah Jiwa Bangsa on Sunday, August 7, 2011 at 9:43pm ·

Carta 20 Teratas Paling Laris Bukan Fiksyen

  1. 1 HARI 1 RESIPI: 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza ( CHEF HANIELIZA ) - PTS Millenia
  2. La Tahzan( Edisi Eksklusif POPULAR ) : Gadisku, Kerana Cinta & Kerana Jodoh ( NAJLA MAHFUZH ) - Must Read
  3. Terpelanting Dari Siratulmustakim ( SUYADI ) - PTS Millenia
  4. Jangan Bersedih [ Edisi Eksklusif POPULAR ] ( Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al - Qarni ) - Al Hidayah
  5. Kaum-Kaum yang Pupus [ Apabila Datang Azab ALLAH ] ( HARUN YAHYA ) - Al Hidayah
  6. Terjemahan Al Qur'an Al Karim : Wallet - Al Hidayah House of Qur'an
  7. Himpunan Solat-Solat Sunat ( RUSYDI RAMLI AL-JAUHARI ) - Must Read
  8. Jangan Bersedih [ Edisi Eksklusif POPULAR ] ( Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al - Qarni ) - Al Hidayah
  9. Biografi Muhammad bin Abdullah ( Zulkifli Mohd. Yusoff & Noor Naemah Binti Abdul Rahman ) - PTS Islamika
  10. Ramadan Tiba Lagi ( Wan Mohd Noh Wan Hamat & Rusnah Abu Samah ) - Yamani Angle
  11. Transformasi Ramadan: Bagaimana Proses Sebelum, Semasa dan Selepas Ramadan Menjana Manusia Efektif ( Ustaz Hasrizal Abdul Jamil )
  12. Koleksi 100 Solat-Solat Sunat ( Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim ) - Al Hidayah
  13. Agenda Yahudi Menakluk Dunia ( SABARUDDIN HUSSEIN ) - PTS Islamika
  14. Kisah Nabi Dalam Al-Quran & Injil: Rahsia Kisah-kisah 25 Nabi yang Dibongkarkan Dalam Dua Kitab Muktabar Penganut Islam dan Kristian ( Muhamad Jaya ) - Kemilau Publika
  15. NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU ( Mohd Ridhuan Tee Abdullah ) - Utusan Publications
  16. MISTERI FIRAUN:MUSUH PARA NABI ( Afareez Abd Razak Al-Hafiz ) - PTS Millenia
  17. 100 Tokoh Dalam Dakapan Rasullah ( Hepi Andi Bastoni ) - Kemilau Publika
  18. Nasihat Ramadan Orang-Orang Soleh ( Sulthan Hadi ) - Kemilau Publika
  19. Indahnya Amalan Doa ( Dato Ismail Kamus ) - Telaga Biru
  20. Aku Terima Nikahnya ( Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ) - Galeri Ilmu

Saya akan terus menulis semoga itu ajelah yg saya mampu lakukan.

No comments:

Post a Comment