Salman al Farisi adalah seorang remaja lelaki yg berkeinginan utk melanjutkan pelajaran di negara
yang terkenal dengan jolukan negara seribu menara (karena hampir diseluruh penjuru kota dapat ditemui menara) dengan luas sebesar 1002 000 km terletak diantara dua benua Asia dan Afrika tetapi hampir 90% adalah daratannya berada di Afrika
Jumlah penduduknya sekitar 75 juta . Negara ini disebelah utara bersempadan dengan Laut Tengah sebelah selatan bersempadan dengan Sudan,
Sebelah barat dengan Libya sebelah Timur dengan Laut Merah dan Israel.
oooh indahnya Mesir.
Keinginaqn Salman pergi belajar tak pernah aku halang, cuma aku berdoa sahaja agar dia dapat tabah, sabar dan bersemangat hidup di negara yang tamadunya sedikit terbelakang dari negara maju.
Dia sanggup dan dia kata mampu hadapi segala rintangan.Alhamdulilllah dia mampu belajar dan menempuhi hidup, tak sangka pulak bila sampai kesana dia dah pandai nulis...Salman salman.
Bila dia mengisi berbagai cerita dalam blognya aku mula telah menganalisakan bahawa tulisanya akan ku buku didalam sebuah novel iaitu "Pemuda di Bumi Kaherah" dah siappun novel tu, tp faham faham ajelah aku mengarang perlu editor yg sabar dan kreatif sebab aku nulis ini "idea terjun dari otaku terus ke komputer" taip aje...tp bila aku baca...best juga cetenya, ini bukan masuk bakul, nantilah bacalah kalau aku dah terbitkan nanti.
Baru baru pemimpin yg menguasai bumi firaun ni namanya Hosni Mubarak ingin mempertahankan cengkaman kuku besinya yang mana sudah selama 30 tahun dia memerintah.
Dahsyatlah Hosni Mubarak mau setaraf dengan Firaun pulak.Kehidupanya bermandikan kekayaan isterinya telah di ibaratkan seperti imelda Mesir .Inilah kuasa, Wang dan kedudukan
Pergolakan di bumi tempat ilmuan Islam seperti didalam ketakutan,
bayangan orang yang terkorban demi perjuagan,
bayangan bila negara di timpa musibah peperangan ini "peluru, airmata, darah dan nyawa" sudah jadi maianan.
Kini Salman dan rakan rakannya akan di arahkan balik,kerana kegawatan peperangan ini.
Ini catatan Nota Cinta Salman yg saya copy
PENGHIJRAHAN 4 PERKARA BAGI PEMUDA
Al Imam Hassan Al Banna pernah menyebut bahawa 4 ciri ini harus ada pada seorang pemuda:
PERTAMA: TAKWA
Sifat takut kepada Allah سبهانه وتعلى dengan melaksanakan segala suruhan dan meningglakan segala amalan yang dilarang oleh-Nya berlandaskan al Quran dan as Sunnah.
Ulama memberikan pelbagai makna taqwa dalam kitab mereka namun makna mereka hampir sama iaitu menjurus ketaatan kepada Allah سبهانه وتعلى.
Takwa penting bagi seorang pemuda untuk mencapai kebangkitan dalam segala hal. Pemuda memiliki semangat yang 'luar biasa'. Semangat inilah perlu dipandu oleh sifat takwa kepada Allahسبهانه وتعلى.
Pemuda berani. Jika di Malaysia mereka berani melakukan aksi 'stunt' dalam pesta mat dan minah rempit. Mereka berani menyahut cabaran berdemonstrasi. Mereka berani menegakkan yang hak. Pemuda bisa melakukan segalanya. Takwalah yang akan menjadi pedinding kepada pemuda supaya keberanian mereka tidak disalurkan kearah yang diluar syariat.
KEDUA: IKHLAS
Melakukan segala amalan hanya kerana Allah سبهانه وتعلى [Hadis no. 1 40 Hadis Imam Nawawi]. Nilai ikhlas amal seseorang tidak boleh dinilai oleh sesiapa melainkan Allah سبهانه وتعلى.
Berdasarkan hadis no. 1 40 Hadis Imam Nawani yang menceritakan seorang lelaki yang berhijrah ke Madinah kerana seorang wanita yang bernama Ummu Qaish. Sahabat tersebut sudah memiliki SEMANGAT (untuk berhijrah) dan TAKWA (bernikah) ketika melakukan hijrah. Namun kerana niat beliau untuk bernikah, maka beliau mendapat apa yang ditijunya. Semuanya ikhlas dan ikhlas bergantung sejauh mana niat kita.
KETIGA: SEMANGAT
Seperti yang saya katakan sebelum ini, semangat antara elimen penting dalam diri seorang pemuda.
Saya akui, bukan semua orang memiliki sifat yang sama atau bahasa mudah bukan semua memiliki semangat yang sama. Namun perkara ini perlu dipupuk dalam diri seorang pemuda. Melakukan sesuatu pekerjaan sehabis baik.
Dalam skop kelas di sekolah contohnya. Bukan semua ada bakat menjadi Kutua Kelas, Bendahari atau lain-lain jawatan. Jika semua menjadi Ketua Kelas, siapa mahu melaksanakan tugas yang diarahkan?
Atas sebab itu bukan semua pelajar berbakat menjadi Ketua Kelas. Namun, Ketua Kelas harus memimpin sehabis baik dan pelajar-pelajar yang lain harus taat sehabis baik. Ketua Kelas semangat dengan kempimpinanya dan pelajar-pelajar harus semangat untuk melaksanakan arahan yang diberi.
Juga dalam skop pemerintahan negara. Bukan semua layak untuk menjadi Perdana Menteri (PM). Ramai diantara rakyat yang mengecam tindakan PM apabila beliau mengutarakan cadangan dan tidak kurang juga yang bersetuju kerana fahaman politik ataupun ilmu masing-masing. Namun, adakah antara mereka yang mengkritik itu layak untuk menjadi PM? Apa yang akan terjadi jika semua mahu menjadi PM?
Maka perlunya seorang PM yang bersemangat melaksanakan tugas dengan sehabis baik dan rakyat juga perlu patuh sehabis baik selagi Perdana Menteri itu TIDAK MELANGGAR AL QURAN DAN AS SUNNAH.
Yang penting semangat!
No comments:
Post a Comment