Kalau boleh aku ni biarlah pandai serba serbi, pandai masak, pandai kemas umah, pandai mengajar, pandai buat baju, pandai tukar tayar kereta kalau pancit atau pandai isi minyak kereta.
Tp itulah aku, yg pandainya kerje umah aje masak, basuh pakaian...kemas umah pun kalau ada mood dan bawak kete tu bolehlah, setakat bawak aje.
Masih ingat kalau dulu nak isi minyak di pam yg tukang isi jurupam tu, driver bayar dan tunggu aje dalam kete...aaaa aku dulu gitulah jugak.
Nak serasikan tangan ni mengisi minyak ni makan masa jugak, tp akhirnya bila dah buat selalu akhirnya dah bolehlah.
Ni semalam semasa nak gi Semenyih, sampai dah setengah jalan dari Damansara iaitu kira kira dah 20 minit perjalanan, tiba tiba ada orang belakang hon..."kak tayar pancit sebelah kiri belakang" aku ngangguk aje dan cari tempat parking nak tengok...
"iyelah pancit dan sepancit pancitnya, nape aku tak rasa ye?" aku tepuk tepuk dahi" macamana ni, keje nak tukar tayar mana aku reti" aku pun bukak bonet dan tengok peralatan nak tukar...oooooh tidak, aku tak mampu buat" aku pun berdiri kat kereta dlm 15 minit tengok org lalu lalang kot lah ada org simpati,isssh nampaknya tak ade, aku pun masuk dlm kereta pasang enjin dan dengar radio dulu sambil pikir pikir lamalah jugak sampai 4 lagu dari radio.
"ni tak boleh jadi, baik aku cari jalan" getus hatiku dan aku masuk gear D maka berjalanlah aku nak u turn balik ke Damansara sebabnya itu aje yg aku tahu bahawa kat umah aku ada kedai tayar, nak cari yg dekat KL ni mana aku tahu.
Ramai orang hon tunjuk tayar kereta ,aku buat tak tau aje...aku tahu tayar pancit, jauh tu balik ke Damansara iaitu 2 kali tol.
Sampai kat kedai tayar aku pun tunjukan tayar yg pancit tu, anak china tu kata " kak ni kereta ada 3 paku masuk" aku mengangguk aje, aku tengok anak china tu buat tak sampai 10 minit, siap....
Lepas ni aku kena belajar tukar tayar...senang sikit, ni dah jalan jauh balik semula ke kedai kat umah semata mata nak tukar tayar.
Tak rugi belajar mende macam ni...
No comments:
Post a Comment