"Tuntutlah ilmu walau kenegeri China" hebat ungkapan begini, ini kalau org yg minat belajar mahu jadi ilmuan, mahu jadi orang pandai.Tp ada juga org hidup atas dunia ni lari dari mahu belajar...terutama sekali anak zaman sekarang ni, mereka minat facebook, minat hisap rokok, minat lepak, minta makan minum, minat berkawan kawan dan minat dengan hiburan.
Bila gejala sosial ini dah hinggap kat kepala anak anak maka misi belajar akan hilang, minat nak belajar dah mati dan nafsu nak belajar tu dah lenyap sama sekali.Perkara ini mungkin pengalaman pada diri aku sendiri dan mungkin juga pengalaman pada anda semua.Kadangkala bila ingatkan anak anak yg tak mau belajar ni rasa nak gila pun ye, rasa sawan pun ye.
Belajar ni memang susah, mak bapak yg susah tu kadangkala tu terperksa jual barang kemas, jual sawah, jual tanah pusaka dan yang paling teruk sekali mak bapa terpaksa meminjam untuk memenuhi tuntutan belajar anak anak
Iaitu untuk memberi anak jadi orang pandai, org berilmu dan org boleh jadi peminpim pada masyarakat bila dia dah besar nanti.
Disini aku ingin coretkan cerita anak Kemboja yg sudah mula berjinak jinak dengan madarasah yg aku buat ni, sebenarnya aku ni bukan org kaya...ialah kadangkala tu ada masa terkandas juga barang makan kat umah, tp aku tidak jadikan itu alasan utk aku membantu orang.
Aku dah membiayai anak Kemboja dah hampir 4 thn seramai 10 org...aku beri apa yg aku mampu aje.Anak anak Kemboja yg dtg belajar ke Malaysia ni satu aje harapan ibubapa mereka iaitu nak jadikan anak mereka ni org yg berilmu.Pandai kerje atau tak pandai tu bukan bersoalanya.
Aku kagum sungguh dengan seorang anak angkat aku ni, dah lama dia panggil aku "mok"
setiap cuti, setiap raya , pakaianya, buku, duit belanja dan balik Kemboja akulah "ibunya" mungkinlah rezekinya yg Allah beri tu melalui aku.
Kisahnya anak angkat ku ini ayahnya jual bendang yg merupakan satu satunya hartanya yg keluarganya ada.
Jual sebidang bendang dengan harga 1000 USD, duitnya ayah buatkan pasport anaknya, tambang ke Malaysia dan bekalkan untuk anaknya belajar ke Malaysia.
Ayahnya dan ibunya serta kakaknya yg duduk kat kemboja tu numpang umah org pulak dan kerja pulak di sawah org, dptlah makan sikit sikit...sedihnya.
Kini anaknya dah 3 thn dan sangat fasih berbahasa melayu, pandai belajar sentiasa dpt nombor satu dan rajin sekali menolong kawan kawannya.
Ayahnya sangat gembira dan yang paling ketara selama aku mengenalinya...dia telah mampu berdakwah dengan rakan sebaya dan org lain serta berani.
Tak sia sia ayahnya jual tanah.
Aku ingat lagi kata kata anak Kemboja yg susah ni. Mereka datang Malaysia utk belajar " kami dtg belajar Malaysia ni visa belajar kami mampu bayar utk 6 bulan pertama aje, lepas tu kami duduk secara haram...sbb ibu ayah kami tak pernah hantar duit pada kami, jika kami habis belajar kami akan cari jalan balik ke Kemboja cara haram " inilah yg di kata org yg hebat sanggup tanggung risiko untuk ilmu.
No comments:
Post a Comment