Saturday, January 8, 2011

BELAJAR DARJAH 6


Foto : Tanpa buku, tanpa pakaian yg sempurna dan tanpa guru yg terlatih.


JIHAD PENDIDIKAN ASIA di bawah seliaan PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA) akan kegelanggang di Kemboja untuk mengadakan Kursus Perguruan untuk guru guru di Kemboja pada 14 - 18 hb Jan 2011 (5 hari) yg mana rata rata gurugurunya hanya berpendidikan hanya darjah enam sahaja.

Siapakah guru guru di Kemboja? Kalau saya nak cete tentang pendidik di Kemboja tak payah cakaplah, kesian ada, belas pun ada, pilu pun ada dan tertekan pun ada.Kenapa aku kata gitu, mungkin anda semua hanya dengar cerita sahaja dan tidak melihat atau merasainya tentang sebuah kehidupan umat Islam di Kemboja.
1 Miskin daif
2 Tiada perpendidikan
3 Tiada harta
4 Tiada suara di bumi sendiri
5 Tiada kehidupan yg normal

Yang ada adalah keluarga dan agama yg mereka pegang.Kalau saya ke Kemboja di dlm siaran TV tiada langsung siaran org Islam, semua budha dan kristian...ooooh malunya, sedangkan negara Kemboja sangat hampir dgn Malaysia dan Thailand....mana umat Islam yg hendak sangat berjuang, kata nak pikul senapanglah, nak pikul beras gula lah, nak pikul buku utk beri org belajar...sekarang mana dan mana?

semuany meyepi.Sekarang aku sedang menghadapi delima.Lagi 5 hari nak gi buat kursus di Kemboja utk 60 org guru guru di Kemboja yg dtg dari seluruh pelusuk kampung, yg dtg utk kursustu ada yg berjalan kaki 4 hari 4 mlm nak sampai ke tempat kursus sbb tak ade duit nak tambang bas, ada yg naik basikal, ada yg naik motor dan dari 60 org tu hanya 5 org aje naik bas.

Kerana apa berlaku demikian? mereka tak ada duit nak tambang, gajipun RM 60 sebulan itulah semuanya.Bila tahu pihak Belia Sri al Ain nak buat kursus perguruan mereka rasa sangat rugi kalau tak datang.Kami dtg membawa misi yg satu iaitu untuk membangunkan umat Islam di Kemboja dengan ilmu, nak beri tunjuk ajar guru guru yg mundur itu bagaimana nak mengajar.

Kami dari persatuan belia sri al ain seramai 6 org terpaksa cari dana sendiri dgn tambangnya, makan minum untuk peserta seramai 60 semasa kurus, terpaksa cari duit nak bagi tambang balik kpd guru guru tu.

Dlm bajet yg kami buat RM 42,000 utk semua program ini, tp hari ini 10 sen pun belum ada dlm tabung misi jihad Pendidikan Asia ini, aku makin pening ni.

Sedang persiapan di Kemboja sudah siap.Ada guru guru yg nak kursus tu dah mula jalan kakai dari kampung mereka, mana kala di masjid tempat nak buat kursus tu mereka semua dah siap tambat lembu untuk kenduri seluruh kampung dan semuanya dah sedia sedangkan kami di Malaysia ni tiket belum beli lagi.

Aku sangat harap pada sesiapa yg terbaca isi blog aku sumbanglah untuk pendidikan umat Islam di kemboja, kalau tak sumbang banyak sumbang semampu yg ada demi kita sama sama mendukung seruan jihad yg sgt murni ini.

Masukan kedalam akaun Maybank 164025021721
semoga apa yg anda sumbangkan akan di nilai oleh Allah.

No comments:

Post a Comment