Sunday, January 23, 2011

Minda Mundur

Sebenarnya aku berulang alik ke Kemboja dah banyak kali, tp aku masih juga memikirkan kenapa minda orang Kemboja tak mau berubah? susahlah nak cakap...kalau aku nak beritau pun mungkin ada oramg tak percaya, ginilah aku nak cete ni kemiskinan orang Kemboja ini adalah "sikap" memanglah tak di nafikan tentang truma selepas perang di zaman pol pot tu,

Tp mereka ini telah menjadikan kekejaman yang di alami 30 thn lalu itu seperti bermin di minda mereka dan mereka ini seperti meminta belas kasihan dan kalau boleh mereka ini telah target...orang luar bawa bantuan dan mereka ini tunggu tadah aje.

Tapi ada juga yang senang hasil dari tadahan ini terutama yang ada jawatan dalam kerajaan.bukanlah aku nak kata apakan, dah lumrah hidup orang kaya akan tahu jalan untuk jadi kaya dan yang miskin akan terus miskin melarat dan ni aku nak cete sikitlah maruah orang kaya dan kefakiran orang tak mau berubah.

2 tahun lepas aku ke Kemboja waktu hariraya korban, masa tu dah hariraya ketiga korban dan waktu aku tinggal kat hotel Mekong berhampiran dengan masjid Bengkak di Phnon Phen.

Dalam waktu aku duduk dalam masjid tu adalah beberapa orang Pak Arab datang bawa seekor lembu gemuk, dan semua AJK masjid datang untuk menyebelih lembu tu, lepas sembelih Pak arab ni dengan rasa tak keperimanusian telah mengambil bahagian lembu yang di sembelihnya itu setiap seorang ada yg ambil paha, dada dan bahagian yang berdaging kemudian memabawa di dalam kereta mercedes mereka keluar dari perkarangan masjid itu dan akhir sekali tinggallah najis lembu, perut, tulang dan kepala lembu.

Maka dengan rasa ke fakirannya berebut rebutlah AJK masjid tu mengambil bahagian lembu yang tidak di minat oleh bapak arab tu....oooo sedihnya aku lihat peristiwa ini, kenapa Pak Arab ni mengunakan istilah korban di Kemboja ini untuk mengisi habuan perutnya.Kenapalah tak fikirnya orang kemboja yang miskin tu

No comments:

Post a Comment