Sunday, January 2, 2011

Susahnya Belajar Agama

Pagi tadi aku telah mengadakan aktiviti mingguan untuk kaum seperti aku ni, tambah ilmu solat,ilmu bersuci, ilmu tauhid ilmu sirrah nabi dan ilmu mengaji...dah seminggu aku iklankan dgn kawan kawan termasuk imam surau tlg iklankan, jenuh jugalah merayau nak cari kawan kawan nak ajak belajar.

Maka hari yg aku tunggu pun tibalah...datang kaum hawa ni yg tak seberapa ramai...tapi datang jugalah, kata ustaz yg nak ngajar tu "masuklah free aje,belajar agama" bila di lihatnya ada beberapa org yg slow aje lalu depan madarasah " ado org ko" tanya mak cik dlm telo negeri sembilan" ada"kata kami ,

"mano kawan se" kata mak cik tu sambil mata melilau cari kawanya"eeh kawan se tak datang yo, tak apo lah" kata mak cik tu sambil berlalu "marilah mak cik duduk dulu, dengar kuliah ustaz ni, bab cerita hal manusia ni" kata kami " tak apolah kawan se tak ado, lagi pun kojap lagi TV ada siaran melodi" kata mak cik tu sambil berlalu.

Dalam kampung tempat aku buat madarasah ni baik remaja lelaki atau perempuan sama aje, tak ramai yg bertudung dan yg lelakinya ramai yg tertindik dan bertanduk, bila time solat pulak tu tak sampai 7 orang walaupun dalam kampung ni 100% melayu dan Islam lebih kurang 800 org.

Aduiii ngerilah aku nak buat program ni, rasa rasanya mau saja aku cancel program bila tengok liat sangat org kita nak belajar agama.

Dah di buatkan kelas, tak payah bayar di beri pulak minum.... tak mau juga datang, yg dtg tu org yg sama dtg kesurau.

Sebelum pergi madarasah pagi tadi aku sempat singgah jap di pasar pagi di pekan semenyih, oooh tak payah cakap lah, padat... tersumbat laluan dan kereta sampai jam, gitulah org kita kalau pasal gi pasar beli makanan, pakaian dan memenuhi perut dgn sarapan pagi yg menyelerakan.

Aku dah janji dgn diri aku...aku tak akan kecewa, perjuangan mesti di tereuskalan

No comments:

Post a Comment