Wednesday, January 19, 2011

1 kilo ubi kayu 30 sen

Hari Pertama semasa mengada Jihad Pendidikan Asia di Kemboja

Kalau aku cete kat blog ni ramai org tak percaya, aku saran anda ikut aku gi Kemboja, Kalau gi Kemboja jangan nak duduk kat Phnon Penh aje...kat bandar tu memanglah sedap, hotel besar ada..makan pun sedap ialah macam KL jugaklah.Kalau anda ikut aku anda akan rasa nikmat hidup ni bila susah.Selama 4 hari 4 malam aku bergelumang dgn debu merah dan jauh di cerok kampung, pemandu yg datang jemput tu tidur semalaman di airport...kesianya lah.

Perjalanan dari Bandar Phnon Penh ke Kg Tbom Khmom itu memakan masa 5 jam, tertidur tidur dlm kereta, bila sampai tuan rumah tak hidang makanan, munkinlah tak ade makanan akhirnya cari kedai makan dan yg ada meggi, maka makanlah meggi aje sebagai pengalas perut.

Bila malam majlis tazkirah pun bermula dan bila habis majlis kami dapat jamah nasi jam 12. 30 mlm waktu tempatan dah berbuih mulut kelaparan.Bila makan tu ikan haruan pulak tak buang sisik dan masaknya separuh masak...adussh, kembang urat tekak ni.

Malam tu kami di beri bilik yg rumahnya baru di siap dalam masa 2 minggu bila tahu ada tetamu dari Malaysia nak sampai, di berinya kipas tp suis letriknya pulak tak ade dan kami beralas tikar lusuh dan bantal kecil aje...cukuplah nak lelapkan mata.

Pagi pagi lagi kami semua gi cari kedai dulu dan sarapan dengan penuh kelaparan, tp bila minta nescafee ...susunya setengah gelas nescafee setengah gelas.

Tepat jam 8.30 pgi majlis pun bermula dengan meriahnya, pd awalnya memanglah nampak terpingga pinga peserta melihat tajuk tajuk kursus tu, tp bila penterjemah tampil membuat alih bahasa semuanya nampak ceria.

OK esok sambunganya

2 comments:

  1. terima kasih bonda..kongsi pengalaman untuk anak-anak..baru mus'ab tahu..ingatkan kita hidup dah cukup susah...tapi rupenye masih ada lagi insan yang memerlukan simpati daripada insan-insan yang mulia...semoga allah taala permudahkan urusan bonda dan pakcik..dan jikalau allah izinkan..nak jgk saye turun ke sane...insyallah...

    ReplyDelete
  2. Makbonda setakat ini hanya mampu meinitipkan sokongan,semoga suatu masa dapat turut serta,jangan berhenti untuk mempelawa.

    ReplyDelete