Monday, February 7, 2011
TERKAYA DI DUNIA
"Alangkah bestnya kalau jadi orang kaya ye" kata org miskin, tp jadi orang kaya ni tekananya berat...takut takut kekayaan tu himpunan dari penat lelah orang lain seperti dari rakyaat jelata yg miskin, contohnya di Kemboja.
Rajanya sangat kaya hinggakan lantainya di buat dari emas dan kekayaanya tidak terhitung hingga keturunanya tak faham makna miskin, tak makan dan hidup melarat, begitu jugalah di lain lain negara yg masih beraja...ibaratnya kekayaan itu milik mereka dan kalau dah kaya tu maka yg menanggung azab sengsara ialah rakyaat.
Ini berlaku pada Hosni Mubarak yg mengumpul kekyaan selama 30 thn memerintah, sedangkan rakyaatnya hidup merempat susah dan hinggakan rakyaat sanggup membuat cubaan membunuh sebanyak 6 kali dan bila kemarahan rakyaat dah meluap luap maka jadilah berantakan. Kadangkala yg suka pada kemewahan dan kebendaan ini perempuan, yg lelakinya hanya gikut aje dan yg mencadangkan tu si perempuanya yg lelaki tu tenyeh aje pengeluaran duit dan tak lari juga yg berlaku kat negara kita ni. Telah di ujudkan ‘Pejabat Wanita Pertama Malaysia’ yang dikenali sebagai Bahagian Wanita Pertama Malaysia (F.L.OM) bertujuan menjaga urusan serta lawatan-lawatann first lady Kalau dah ada ofis biayanya tentu sama taraf dengan Jabatan kerajaan, mesti gundik gundik dan org suruhan yg bergaji...ni dah tentulah menguna duit rakyaat.Sedang yg nak uruskan bukan untuk kebajikan rakyaat, tp untuk urusan yg tiada kaitan Ini ada sedikit retetan sejarah tentan wanita berpengaruh ni Dalam catatan sejarah Ratu Victoria menduduki urutan pertama wanita paling berpengaruh dalam sejarah. Dia digambarkan sebagai wanita bertangan besi, dia yang memiliki pengaruh luar biasa, pada abad ke 19.
Sekarang kita kaji pula sejarah yg hebat ni
Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah pada usianya 37 tahun. Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang.
Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata:
"Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda".
Tiba-tiba orang ramai serentak berkata:
"Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan".
Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.
Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama kemudian beliau berkata kepada mereka: "Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?" Lalu mereka menjawab:
"Wahai Amirul Mukminin! perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya."
Walau bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: "Aku berpendapat bahawa ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara zalim." Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.
Sesudah Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah dan Amirul Mukminin, Umar langsung mengajukan pilihan kepada Fatimah, isteri tercinta.
Umar berkata kepadanya, "Isteriku sayang, aku harap engkau memilih satu di antar dua."
Fatimah bertanya kepada suaminya, "Memilih apa, kakanda?"
Umar bin Abdul Azz menerangkan, "Memilih antara perhiasan emas berlian yang kau pakai dengan Umar bin Abdul Aziz yang mendampingimu."
Kata Fatimah, "Demi Allah, Aku tidak memilih pendamping lebih mulia daripadamu, ya Amirul Mukminin. Inilah emas permata dan seluruh perhiasanku."
Kemudian Khalifah Umar bin Abdul Aziz menerima semua perhiasan itu dan menyerahkannya ke Baitulmal, kas Negara kaum muslimin. Sementara Umar bin Abdul Aziz dan keluarganya makan makanan rakyat biasa, yaitu roti dan garam sedikit. haaa bagaimana dengan wanita yg minat untuk jadi first lady, sanggupkah untuk jadi Fatimah isteri Umar Abdul Aziz, kalau sanggup maka taraf anda akan lebih hebat lagilah di sisi suami dan juga di hati rakyaat. Kali ini banyak sangat bebelan saya, bukanya apa saya terkedu bila lihat anak anak org miskin ni bila di beri makan nasi lebih dari 2 lauk dia tak mau makan ..kesianya org miskin, kalau yg kaya tu makanan satu meja sampai buang buang hendak pulak kalau ada jamuan yg hebat hebat, itu ha jamuan khusus utk pemimpin...kadangkala teliur tengok santapan mewah...nasib bertuah jadi org kaya dan ternama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aslkm Puan. Jenuh saya cuba hubungi Puan. saya adalah Pensyarah Ins Pendidkn Guru Kampus BM, KL. Saya bercadang membawa pelajar2 sy seramai 40 org ke Rumah Anak Yatim Tahfiz Al ain di acheh untuk program Khidmat Sosial pada Oktober 2011. Saya cuba hubungi no tel yg tertera tetapi dimaklumkan sudah tidak dlm perkhidmatan. Saya mencari pjbt Persatuan Belia al ain di Jln Reko, tetapi mendapati bukan pjbt yg dicari. sekiranya puan tidak terlibat lagi dgn pertubuhan tersebut, dgn siapa perlu saya hubungi? Boleh puan bantu? Saya juga cuba hubungi Th Hj Muhammad Zakaria, juga gagal. Puan punya tel bimbit beliau? sekiranya ada, andai puan tidak keberatan, sms kan no beliau ke tel saya 013-2109522. T kasih atas kerjasama. Oh ya. Artikel puan amat mmberi pengajaran.
ReplyDelete_nor afizah mohd noor.
Oh ya. saya juga telah email puan tetapi tiada balasan.
ReplyDelete