Thursday, February 17, 2011

DUITAN

Perjalanan ke Thailand dgn niat yg baik iaitu mahu membarui tempoh lawatan anak anak Kemboja ke Malaysia dgn satu matlamat mereka mahu meneruskan belajar di bumi Malaysia yg terkenal dgn puluhan pusat pengajian tinggi, orangnya terpelajar, orangnya mengikut perkembangan terkini dan orangnya hebat hebat, itulah kata orang di Kemboja tentang orang Malaysia dan satu lagi orang Kemboja kata orang Malaysia ni baik baik dan kaya kaya...berdiri bulu roma aku bila sebut kaya.

Tp tak ape kalau orang dah kata kaya itu kita ameen ajelah mudahan mudahan betul betul kaya...siapa tahu dan jangan kaya lupa daratan sudah atau kaya di atas kesusahan orang.

Perjalanan dari Prima Damnasara ke KL Sentrel naik kereta 4 org satu kereta masih muat. Beli tiket keretapi senandung malam ke Pantai Timur kelas ekonomi duduk, dari jam 8.30 mlm sampai jam 10 pg di Pasir Mas...tunggu di Masjid Pasir Mas bila jam 5.00 ptg kami dari KL naiki kereta baru sampai dan terus naik teksi ke Rantau panjang tambangnya RM20 satu teksi.

Sampai Rantau panjang jam 6.30 ptg dan naiklah motor untuk ke Golok satu motor RM 3 x 7 orang, sampai di imegesen Thailand anak anak Kemboja ni ada cukai RM 30 duit seorang tu kena isi dlm passport dan tiada resit...apa bezanya pelancung Malaysia hanya kena RM 2 sedangkan orang Kemboja yg RM 2 pun kena jugak RM 30 pun kena jugak...ni nama orang makan orang.

Naik lagi motor ke penginapan yang bernama hotel Tara semalaman RM 50 sebilik, kami sewa 2 bilik aje dan didalam bilik tu banyaklah di letak makanan rengan dan didalam petiaisnya penuh dgn arak...Thailand...ooh Thailand, tanpa disedari agaknya anak anak Kemboja ku terlampau lapar habis semua makanan rengan didalam bilik hotel tu dia telan tanpa melihat halal haram...apa nak buatkan berlaku...

Malam tu aku beritau mereka jangan turun biar aku aje yg cari makanan kerana orang Thailand sibuk kalau ada orang Kemboja datang.... tak tau apa sebabnya, demi keselamatan aku suruh aje dia duduk dlm bilik.

Esoknya kami mahu berangkat ke Kelantan, macam macam cerita negatif yg aku dengar dari mulut duta tak resmi di Thailand ni iaitu yg membawa penumpang dgn motor, katanya orang Kemboja kalau dah masuk Golok dah tak boleh keluar kena duduk sekurang kurangnya seminggu, orang Kemboja tak selamat di Kemboja dan macam macam lagilah.

Tp aku tabahkan hati redah jugak dan lepas sarapan kami berangkat balik cari motor sewa untuk ke imegresen.Sampai aje ke imegresen passpot aku ni memanglah bermasalah dan anak anak Kemboja ini di tahan oleh imegresen Malaysia....soalsiasat, panjang lebar dan jumpa pegawai yg tertinggi sekali.Sebenarnya org yg bawa motor tu dah beritahu seorang anak Kemboja ni nak keluar dari Thailand kena bayar lagi RM 30 dan lepas tu bayar lagi di imegesen lagi RM 100 seorang, mana aku ada duit banyak banyak gitu.

Akhirnya aku cete dari A-Z dan pegawai tu berkias kias aku buat tak tau aje dan aku beritahu kalau en tak lepaskan kami, tak ape kami akan tinggal di Golok dgn alasan paport kami tidak boleh keluar dari Thailand dan di kena caj yang kami pun tidak tahu caj tu untuk apa dan resitnya mana? terdiam tuan imegesen tu, akhirnya dia kata" ginilah kak saya panggil kak ni tujuanya nak bersilaturahim, mana tahu jumpa dimana mana kak kenal saya dan saya kenal kak" saya angguk dan saya tanya dia "kami ni boleh keluar ke?" dia angguk lesu kerana sepatutnya dia RM400 tp sesen pun tak dpt.

Aku pun dah letih jadi begini...banyak sangat org mengambil kesempatan keatas org susah dan org kurang pandai.Aku ni bukanlah nak memburukan sape sape tapi tak usah laku perkara yg memburuk imej kerajaan, bekerja dengan telus, kalau tak cukup gaji berhenti kerje dan bisnes...

No comments:

Post a Comment