Susah sama susah, senang sama senang
dan kalau sakit bagaimana?
saya sungguh terharu dengan bonda mentua dan arwah ibu saya melayan orang yang bergelar "suami" sungguh terharu saya.
Bonda mentua saya menjaga suaminya yg terlantar di perbaringan selama hampir 10 tahun akibat "strok" semua bonda lakukan sendiri dan anak anak hanya sekali sekala sahaja menolongnya, itupun setakat memandikan sahaja.
Bondaku mencuci najisnya,kahaknya, mengelapkan badanya setiap pagi dan petang dan baring di sebelahnya pada setiap malam untuk mendengar apakah permintaanya untuk minum, makan atau dia dalam kesesakan nafas.
Pernah bonda memberitahu bahawa suaminya di serang strok yg kuat dengan kekejangan seluruh badan dan bonda terpaksa mencari jiranya pada 3 pagi untuk memulihkan suaminya.Ooooh hebatnya bondaku itu.
Dan arwah ibuku menjaga ayahku yang sakitnya strok juga, tapi tak lama iaitu 3 tahun sahaja. Tapi ibuku adalah insan yang sangat tegal, dia melayan suaminya itu seperti suaminya tidak sakit. Dia memandikan, membasuh najis, dan ajar suami berkata kata walaupun sangat susah untuk suaminya mengikut.
Akhirnya suaminya menghembuskan nafas di depan matanya dalam keadaan tersenyum.
Betapa mulia kalaulah sang kekasih yang sanggup berkorban sampai ketahap itu.
Hari ini saya berdepan dengan orang yang kasihi demam sikit aje, tapi hati saya mula celaru. oooh apakah mampukan saya membesarkan anak anaknya tanpanya.
Atau mampukah aku berdepan dengan kemelut hidup tanpa penasihat yang sering menunjuk ajar dan menegur aku pada setiap ketika. Dan mampukah aku memikul tanggungjawab jika sang kekasihku sakit seperti suami bondaku dan suami ibuku?
semoga Allah anugerahkan aku hati tabah dan semangat yang kuat untuk jadi wanita yang baik di dunia dan mulia di akhirat.

Ya, betul sekali tulisan mu itu ibu..bayangkan tulisan mu itu diusia mu, tetapi aku yang di usia anakmu, sudah cukup perit untuk menelan. suami jarang mengadu sakit, anak-anak dan diri ini kerap mengadu sakit, dia tetap bersabar melayan kerenah semua. Namun, bila dia sakit sedikit, aku sudah mula tidak tentu arah, cepat benar amarah mahu datang...Kasihan dia...Ampunila dosa ku...sesungguhnya, kita telah dikurniakan insan yang cukup hebat..
ReplyDeleteSubhanallah, Alhamdulillah, AllahuaAkbar...
amin...
ReplyDelete