Monday, April 12, 2010

SIAPA DIA DAN SIAPA AKU

Foto : Ini Surau di Indonesia, cantik,kemas dan bersih.

lapan belas tahun dulu saya memiliki sepuloh buah Tadika dan 2 buah sekolah Agama. Antara sekolah agama yang paling ramai pelajar terletak di Taman Sri Gombak. Ramai guru lepasan sekolah agama berkerja dengan saya. Di waktu itu usia saya dua pulohan, masih kuat bekerja dan cergas. Pada satu hari saya terima sekeping surat dari seseorang yang datang seberang (Indonesia). Panjang isi suratnya 3 kajang kertas di tulisnya riwayat hidupnya secara detail iaitu sekarang dia jadi buruh binaan .

Saya simpan surat itu selama 2 bulan, kerana saya belum berhajat untuk mengambilnya bekerja kerana guru semua sudah cukup.

Satu hari saya di datangi seorang pemuda dia memperkenalkan namanya dan baru saya teringat bahawa pemuda itu adalah orang yang mengirimkan surat permohonan jawatan itu pada saya.

Saya tidak bertanya tentang dirinya lagi, tapi saya bertanya tentang negaranya. Dia seorang bergetahuan baik tentang negaranya. Saya beritahu dia bahawa jawatan guru yg dia minta tak ada, tapi saya akan adakan kelas mengaji untuknya mengajar dan saya tidak janji boleh beri gaji yang baik untuknya. Dia setuju, sebelum dia memulakan tugasanya saya telah membawanya meronda ke beberapa buah cawangan Tadika saya termasuk di Kuantan.

Semasa berada di Tadika di kuantan saya suruh dia tinggal di Tadika itu selama 2 hari, dia akur dan dia rajin membersihkan tadika itu. Sebelum balik keKL saya panggil dia jumpa untuk beritahu syarat bekerja dengan saya
1 Saya lihat kedua dua jari kelinking kukunya panjang lebih kurang 1 inci, saya tanya kenapa simpan kuku begitu, dia jawap senang nak korek telinga. Saya kata kat dia " kuku mesti bersih, pendek dan kalau dia tidak mahu potong saya akan gunakan kapak untuk mengerat kukunya. Dia diam
2 Rambutnya panjang hingga ke bahu, saya tanya kenapa begitu, dia kata nabi berambut panjang, saya beritahu untuk jadi guru mesti kelihatan tampan dan menarik. Kalau di Indonesia tiada masalah
3 Dia pakai seluar jeans, saya kata padanya untuk jadi seorang berwibawa, pakaian mestilah kelihatan kemas dan seluar jeans tidak di benarkan, dia diam sahaja
4 Dia pakai T-Shirt sahaja, saya beritahu dia "jangan jadi ketam mengajar anaknya berjalan" maksudnya untuk jadi guru kelas mengaji tidak semestinya gurunya pandai mengaji sahaja, malah mesti berpakaian yang melambang anda seorang yang beragama. Dia tersenyum.

5 Syarat berikutnya, saya tidak mahu guru yang bekerja dgn saya seorang perokok, dia tunduk sahaja.

Saya sering menasihatnya dan beri panduan padanya. Dia cepat belajar dari apa yang kita beritahu.

Pada hari yang dijanjikan untuk dia datang mengajar, saya terkejut. Dia bertukar 100 peratus.Kukunya pendek, rambutnya kemas dan dia mengenakan jubah dan serban.Dan saya tidak tengok lagi dia merokok.Kini saya pula terdiam.

Dia bekerja dengan saya selama 6 tahun dan hari ini dia telah berjaya membuat sekolah agama dengan bilanagn pelajar hampir 200 orang, berjaya membuka kelas mengaji. Telah menyambung pelajaran di peringkat ijazah di UPM dan sering saya berceramah di masjid dan surau. Malah dia telah berumahtangg dengan salah seorang dari ustazah saya.
Hari ini dia amat mengenangi kami sebagai "ejen mengubah"

Hari ini saya kalah dengannya kerana dia selalu tampil dgn baju kotnya, jubahnya dan serbanya.

1 comment:

  1. kak nah, siapa insan tersebut..adakah saya kenal akan dia?

    ReplyDelete