Tuesday, April 10, 2012

oooh mama

Tadi baru balik dari IJN, ziarah abang yang melakukan pembedahan jantungnya.Baguslah perkhidmatan di IJN...dan terbaik.Kini abang saya sudah beransur pulih setelah menjalanan pembedahan yang agak kritikal jugaklah selama 5 jam, setelah 2 hari dia sudah dipndah kewad biasa.

Kalau nak cakap pasal jantung memanglah tak sudah dan habis...macam macam info yg saya dengar,ada kata sbb makan, ada kata tak senaman, ada kata sebab bebanan kerja, saya rasa semua itu iye belaka.

Oleh itu marilah kita hidup dengan berlapang dada.\

OK ni saya cete pasal jiran abang saya di IJN tu, seorg wanita yg berumur 97 thn, saya terpanggil nak ziarahnya kerana jarak katilnya dgn katil abang hanya selang 2 katil aje.

Sepanjang saya disitu kedengaran suaranya menjerit jerit ada perkataan yg amat mencuit hati saya iaitu "emmmak, saya nak mati, ya Allah sakitnya"


Kesian saya tengok dia yg dijaga oleh bibiknya yang baru datang dari Indonesia.Dia seperti dlm keadaan nazak.

Tapi mungkin org tidak tahu bahawa dia sedang bergelut dgn maut dan dari gerak tanganya dia sedang bertarung ingin melepaskan nafasnya tp dia tak berdaya, kata bibiknya badanya mati sebelah dah lama.

Saya teruja melihat rambutnya yg masih hitam dan di potong pendek walaupun usianya dah 97thn.Saya harap semoga Allah mudahkan untuk dia menemui penciptaNya.

No comments:

Post a Comment