Foto : Ini adalah anak anak Yatim Darul Tahfiz Sri al Ain Acheh yang telah saya jaga dan belanya semenjak 2004.Ini buahati saya yang membuatkan saya rasa teruja bila berdepan dengan mereka.Ayah dan ibunya telah terkorban dlm bencana alam tsunami 2004,Ibu Rusnah sayang kamu semua.
"SELAMAT HARI IBU' Betapa hebatnya wanita yang berstatus "ibu".Saya memiliki ibu dan saya adalah ibu. Bila saya seorang anak sebelum menjadi ibu saya sering sahaja membuat emak saya marah dan ketawa dan saya sentiasa mahu permintaan saya di penuhi.Jika saya gagal mendapatnya saya akan protes dan rasa kecewa. Malah saya sering meyalahkan emak. Tapi emak sangat sabar melayani kami adik beradik seramai sembilan orang.Sewaktu itu emak adalah wanita yang tidak punyai pekerjaan. Kewangan sangat terhad tapi keinginan anak anak macam macam sehinggakan emak terpaksa membohongi kami untuk memenuhi permintaan kami antara yang saya ingat
1 Emak sering mendahalukan kami dalam soal makan
2 Emak tidak akan tidur sebelum kami tidur dan emak bangun pagi sebelum kami bangun
3 Emak menyorokan peyakitnya sehingga membuatnya meninggal dunia
4 Emak tidak pernah kata letih dan bosan walaupun kerjanya tidak pernah berhenti
5 Emak sentiasa menjadi orang super dlm semua tugas rumah
6 Emak tidak pernah menitiskan airmata kalau ada sesuatu bencana yg datang
7 Emak tidak pernah jemu menasihati kami walaupun nasihatnya kami tidak mengindahkanya
8 Emak sentiasa menghargai kami ,walaupun kami telah dewasa dan berumahtangga dan dia melakukanya sehinggalah akhir hayatnya.
8 Emak tidak pernah tewas dengan prinsip untuk menjadikan kami adik beradik orang baik baik dan beriman
Emak adalah insan yang sangat istimewa dan lahirnya aku ke dunia ini adalah dari seorang wanita yang bergelar ibu.Nama mu terpahat di setiap aliran darahku dan jasamu sebati didalam hidupku serta mengorbananmu tidak mungkin dapat ku balas.Kini saya adalah Ibu kepada tujuh orang anak iaitu tiga perempuan dan empat lelaki.Saya mendapat anak ketika pada usia dua puluh satu tahun dan mereka ini lahir setahun seorang, tugas yang di pikul sesangatlah berat dan kadangkala itu saya tidak sedar bahawa umur saya sudah berapa tahun dan sehinggalah saya berusia tiga puluh dua tahun saya sudah mempunyai tujuh orang cahaya mata. Kalau saya hitung keletihanya, hanya allah sahajalah yang tahu.Saya tidak punya masa untuk diri sendiri. Seluruh usia muda saya di serahkan kepada anak anak, seluruh kekuatan kudrat saya hanya untuk anak, seluruh masa rehat saya hanya untuk anak, seluruh harta saya hanya buat anak.Selain dari Allah dan Rasul saya hanya ada anak anak.
Foto : Ini anak teruna saya yang kelima Salman al Farisi.
Saya kira ibu ibu yang seperti saya ingin sesuatu dari zuriatnya yang bernama anak.
Anak telah menjadikan saya insan yang peyabar dan insan positif.Seingat saya sewaktu anak anak saya masih kecil saya adalah pengasuh yang sangat setia dengan tugas rutin yg bagi saya tidak pernah teringat mahu berhenti dari kerja itu iaitu menyusukanya,memberi makan & minum,memandikan membuang najisnya dan menjaganya sewaktu sakit walaupun bersengkang mata.Bila telah besar sikit saya mula jadi gurunya mengajar perkara yang baik baik, kadang anak anak memberontak tidak mahu dengar nasihat dan tidak mahu ikut cakap, saya tetap sabar dan tekun mendidiknya sebab saya tidak mahu mereka terpesong mengikut arus dunia yg bagai ribut.
Bila mereka menginjak remaja saya jadi penasihat yang tidak saya sedari bahawa anak anak saya ini adalah insan yg perlu saya pimpin lagi tanganya untuk membawanya kearah kebaikan kerana walaupun mereka boleh menebusi dunia ini dengan akalnya tapi mereka tidak akan dapat dapat memecah lautan kehidupan yang sentiasa bergelora yang mahu menghayutkan mereka. Oleh itu saya sampai kehari ini sentiasa menjadi orang yang hebat pada mata anak anak sebab saya tidak mahu zuriat yang saya tinggalakan nanti akan memberikan saya azab di alam kubur.Saya mahu mereka menghadiahkan saya cahaya dan ketenangan. Buat anak anak jasa yang Ibu tabur janganlah dibalas dengan meterial sahaja tapi mesti di balas dengan doa dan jadilah insan yang baik baik.Buat renungan saya dan seluruh anak anak maka cuba anda renung ungkapan ini kata kata dari Master Cheng Yen beliau berkata "ada dua perkara yang tidak boleh ditangguh dalam kehidupan iaitu pertama berbakti kepada orang tua (ibubapa) dan kedua membuat kebajikan".
No comments:
Post a Comment