foto : betapa indahnya, kalau pemuda ini mewarisi negara dengan iman, amal dan takwa
"Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara" wah! sedap telinga mendengar pepatah itu, tapi setakat manalah pemuda mahu jadi haparan bangsa, kalau jadi hampas negara tu adalah... dan pemudi pula kalau nak harapkan jadi tiang negara susah juga tu, peruntuh negara adalah kalau tidak di benteras gejala sosial yang dah seperti lautan hindi geloranya, kadang kala tu pemimpim pun buat tak tau aje! ialah bukanya senang, anak pemimpim pun macam hanturaya, inikan pula anak rakyaat jadi hantu jembalanglah. Oleh itu slogan yg di mainkan selalu seperti jauhi dadah, atau benteras mat rempit atau beri kondom percuma supaya tidak ada kelahiran haram ini adalah slogan lapuk. Muak dah nak dengar, kali ini mari kita cuba ubah slogan pula dengan corakan para pemuda pemudi kita dengan pendidikan agama, jangan kita fikir kalau agama sahaja pembangkang, itu tak betul, yang betulnya pemimpin mesti berkhidmat demi Agama, Bangsa dan Negara.
Foto : Anak anak adalah ibarat kain putih, pencoraknya adalah kita
Kerana negara tidak akan hilang kalau rakyaatnya taat setia pada pemimpin, tapi negara akan tergadai kalau rakyaatnya tiada bermaruah.Saya sedih dengan anak anak muda sekarang, contohnya di Kajang tempat saya bergelanggang. Budak budak sekolah yang berusia belasan tahun berkeliaran seperti sampah hanyut di sungai dengaan menghisap rokok, minum arak, berkepit jantan betina itu tak usah cakaplah, mak bapaknya tak tahukah anaknya macam tu, bila malam sikit mulalah pasangan ini cari potnya untuk melepaskan gelora remaja dan makan berbagai jenis dadah untuk kuat, tahan ngantuk dan pusat hiburan macam neraka jahanan, hinggar binggar. Siapa yang mahu ambil tahu! tiada siapa yang peduli. Dan saya sungguh rasa simpati baru baru ini saya bertemu dengan dua orang pelajar tingakat dua dan tiga dua duanya berbadan dua, menangis mengadu nasibnya. Sekarang sedang duduk di rumah teman lelakinya kerana mak bapak sudah tidak mahu peduli.
Foto : Al Quran dan al Sunnah sebagai ikutan
Apakah gejala ini mahu di lepaskan begitu sahaja. Siapakah kita orang dewasa ni geleng kepala sahaja.Inilah yang patut di laungkan sebab anak muda ini adalah warisan dan penentu kemakmuran dan kesejahteraan Negara.
No comments:
Post a Comment