Friday, May 8, 2009

PERMATA



"Permata kalau terbenam di lumpur pun dia akan tetap berkilau", itulah istilahnya kalau benda yg baik.Kali ini saya ingin mencoretkan sedikit cerita tentang anak pantai timur yg comel lote ini, makan budu pun boleh pandai, makan roti pun boleh pandai.Kalaulah macam tu maka kita ubah menu masakan harian kita makan ikut keperluan sahaja, jangan ikut selera mata. Mek yang saya maksudkan tu ialah Nik Nur Madihah, dah empat kali saya jumpa dia. Tiga kali pakai jubah hijau dan tudung sekolah (pakaian yang sama).Memanglah zuhud sungguh budak ni, dulu pernah jugalah saya jumpa budak pandai, bila dah dapat duit ceramah sana sini maka pakaian pun semuanya naik jenamanya, meka up pun mahu terbalik bibirnya.Dan pakai seluar jeans pun sendatnya macam apam.Tu... dia dah dpt duit, tapi mek yang seorang ni lain dari yang lain, itulah jubah hijaunya kehulu kehilir dan itulah tudungnya.Cuma yang saya tengok ayahnya ada perubahan sikit, tapi umminya masih seperti dulu juga masa kali pertama saya jumpa dulu, itulah Permata Generasi Rabbani, taniah! Madihah anda adalah insan yg hebat.

Semalam saya jumpanya di KLIA iaitu sebelum Madihah bertolak menunaikan umrah bersama ayah dan umminya.Itulah anak yang solehah, belum kerja lagi dah bawa emak dan ayah tunai umrah.Sejuk perut umminya mengandungkan Madihah.

Madihah belum berubah walaupun duit datang bagai air padanya, seorang gadis kampong yg pemalu dan tidak sombong.

Kepada yang ingin mengetahui siapakah gadis yang hebat ini dapatkan cerita mengenai kehidupanya dan cara dia menguasai pelajaran sehingga di nobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM 2008 didalam buku NIK NUR MADIHAH PERMATA GENERASI RABBANI tulisan Ummu Sakinah Muhammad yang sedang laris di pasaran.Ibubapa, guru guru dan pelajar harus memiliki naskah ini di terbitkan oleh Yamani Angel Sdn Bhd.Jika ada permintaan dari sekolah, masjid atau persatuan ingin mencungkil kecemerlangan Nik Nur Madihah maka pihak Yamani Angel sedia untuk memenuhi permintaan dengan mendatangkan penulis buku tersebut atau penulis sisipan buku itu untuk berkongsi dengan para pelajar iaitu bagaimana Nik Nur Madihah mengarap kecemerlanganya sebagai seorang yang hidup serba kekurangan tapi mampu untuk lebih cemerlang di dalam pelajaranya.

Ceramah yang bertajuk PERMATA GENERASI RABBANI iaitu yang akan menerangkan keseluruhan isi kandungan buku dengan terperinci.Dan buku ini adalah sangat sesuai untuk memotivasi anak anak yang mahu mengambil peperiksaan kerana gandingan pengalaman Madihah dengan pengalaman perunding Motivasi Hj Muhammad Zakaria (penulis sisipan) akan memberi satu santapan minda kepada para pelajar. Selamat belajar! !!!

No comments:

Post a Comment