Foto: Perangai orang utan dengan perangai manusia hampir sama. Foto diambil di Zoo Bogor, Pulau Jawa, Indonesia ketika lawatan penulis.
Pagi tadi saya dengar Radio Klasik.fm. Ada cerita yang membuat saya rasa sebak, iaitu kisah seorang ibu yg mengasihi tiga orang anaknya. Yang pertama anak perempuan berpendidikan tinggi dan berjawatan besar serta bijak.
Manakala yang kedua seorang lelaki kurang berpendidikan tapi sangat prihatin pada keluarga, bekerja kampung sahaja dan yang ketiga seorang perempuan yang mempunyai wajah yang cantik dan telah jadi rebutan jejaka kampung dan bandar. Ibu ini ialah orang berharta manakala suaminya telah lama meninggal dunia.
Nama anak yang pertama ialah Nona yang kedua Atan dan yang ketiga Lisa. Semenjak dari kecil si ibu sangat mengasihi Nona. Malah segala permintaan Nona akan di penuhi walau terlalu sukar untuk memenuhinya.
Mungkin kekurangan duit atau mungkin ada beberapa masaalah, tapi bila Nona meminta, pasti si ibu penuhi. Kata dek orang kampung Mak Tipah sangat sayang Nona sebab Nona pandai ambil hati Mak Tipah. Pandai pujuk Mak Tipah.
Selalu bercakap dengan bahasa yang lunak dan bila Mak Tipah sakit si Nona akan terjerit-jerit beritahu orang bahawa dia seorang sahaja yang jaga ibunya, untuk tarik perhatian saudara dan jiran.
Foto: Ibu adalah insan yang pengasih dan penyayang. Walau siapa pun aku, kau adalah ratu hatiku. Foto di dalam ruang solat Masjid Kg. Titian Bintangor pada hari pernikahan adik iparku Dr. Norlaili Zakaria dengan jejaka New Zealand pujaannya, Aron Mark Hosking. Kelihatan ibu dan bapa Aron serta ibu kami yang dikasihi (depan dua dari kanan).
Maka sikap Nona telah membuatkan Mak Tipah sentiasa kalah dan Mak Tipah terpaksalah menumpu perhatian pada Nona. Kalau tidak diberi perhatian Nona akan ungkit-bangkit segala kebaikanya pada ibunya. Manakala anak Mak Tipah yang kedua Atan, adalah merupakan anak tempat Mak Tipah meluahkan perasaan dan bergantung harap.
Tapi Mak Tipah lupa bahawa Atan adalah anaknya yang sentiasa mendampinginya waktu senang dan susah. Tapi untuk memberi harta arwah suaminya Mak Tipah telah meletakkan semua harta itu atas nama Nona kerana Nona telah mengambil peluang di atas kebaikan yang diberi pada Mak Tipah untuk membodek Mak Tipah.
Tapi Atan tetap juga mengurus ibunya hinggalah satu hari Mak Tipah jatuh sakit kuat. Atan beritahu Nona akan keadaan ibunya. Tapi Nona sibuk dengan urusan kerja dan keluarganya. Dia menangguh untuk menjengok ibunya yang sedang sakit kuat.
Akhirnya ibunya meninggal dunia dalam keadaan tanpa dijengok oleh Nona. Anaknya yang ketiga hanya dapat menerima takdir begitu sahaja. Kesudahan cerita itu Atan telah dipaksa pindah dari rumah pusaka itu kerana rumah dan tanah tersebut atas nama Nona.
Itu ceritanya MERPATI MAKAN DI TANGAN iaitu orang bijak akan mencari peluang untuk diri dan kehidupannya. Orang lemah akan jadi tempat orang mencari kesempatan ke atas dirinya. Dan anda di mana ?
No comments:
Post a Comment