Saturday, November 13, 2010

KEADILAN


Allah campakan rasa kasih dan sayang di dalam hati manusia ini susah nak di tamsilkan,kerana sebagai hamba Allah yg memang serba kekurangan ini tidak dapat dibendung untuk menunjukan perasan itu dan bila perkara ini terjadi aku rasa serba salah, apakah aku ini di pihak yang benar, wajarkah aku melakukan perkara ini.

Allah sendiri menyatakan kpd. Rasulullah s.a.w. "Wahai Muhammad,
kalau tidak kerana Kasih- Sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan Dunia ini......."

Manusia yang hidup tanpa Kasih- Sayang ibarat makan nasi tanpa kuah
dan lauk.

" wahai Tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku
sanggup keNerakamu.. ......., kami lah hamba yang mengharap belas
darimu ......., Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang
bertaqwa.... .., ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia ".

Didalam hatiku ini banyak cabang cabang kasih dan cabang sayang atau cabang rindu, tapi antara yang banyak ada yang istimewa, kadangkala tak sedar aku terluah dan aku mahu memendamnya tapi tak mampu berbuat demikian,

keistimewaan seseorang bukanlah kerana dia ini terlalu baik pada aku, atau dia macho atau dia manja ke, tapi memang dah gitu suratan yang dah aku dapat.

Sepatutnya hati aku tidaklah meletakan keistimewaan itu sampai ketahap aku menangis bila rindu padanya atau aku jadi sedih bila teringat padanya.

Jangan salah anggap bahawa rindu ini aku bukanlah rindu suami isteri, rindu ini adalah rindu pada darah dagingku yang aku rasa kalau aku luah perasan ini pasti ada orang lain terasa, biarlah ku simpan rasa rinduku ini sesungguhnya rindu ini amatlah istimewa buat buahatiku itu.

Tinggi tinggi burung merbuk
Terbang melayang ketanah rata
Hati teringat mulut menyebut
Wajah terbayang diruang mata

Menjamu tamu di pagi raya
Penganan sura rasa tawar
Hendak bertemu apakan daya
Hanya suara jadi penawar

Aku sentiasa berdoa buat semua buahati yang ramai ini agar menjadi anak yang solehah dan soleh dan janganlah kisah perasan mak yang melebihi antara kamu semua dan ini adalah hanya cebisan kasih sahaja.Anda semua amat istimewa buat aku.

No comments:

Post a Comment