Monday, November 1, 2010
PESTA BENCANA ALAM KEMBALI LAGI
Sebenarnya beliau pun pun pewaris kepada kesultanan Acheh juga, darah pahlawan yg mengalir itu adalah darah pahlawan...tapi orang kata raja raja ni asal usulnya dari lanun laut betul ke? dan beliau sering menjejaki peninggalan nenek moyangnya yang berasal dari minagkabau, ini sewaktu kami menjejaki Sg Rembau Linggi>
PESTA BENCANA ALAM KEMBALI LAGI
Kalau di zaman kecik kecik dulu musim banjir ini adalah musim yg paling meyeronokan, tak payah gi sekolah, makan pun ala ala camping dan duduk pun ala ala camping juga, pernah masa banjir besar tu ayah bawa kami adik beradik duduk atas puncak bukit selama seminggu dan yang paling bestnya bila helikopter tentera turunkan barang makanan berebut rebut.oooh masa tu apa benda aje makanan semuanya boleh masuk .
Iyelah budak budak nakal dan yang paling seronoknya bila ayah balik bawa ikan dan kami ramai ramai siang ikan lepas itu salai....amboilah nikmatnya dan ada juga yang tak nikmatnya iaitu tak ade baju nak pakai, baju kering di badan dan bila banjir surut kena pulak peyakit, taun, kudis dan celah kaki berulat.Kadangkala tu cacing kerawait dan saya ingat lagi saya pernah tak pakai selipar hampir sebulan, jalan kaki ayam aje sebab apa
1 Ayah tak ade duit nak beli selipar walaupun time tu selipar harganya 70 sen sahaja
2 Kedai semua di landa banjir
3 dan kaki dah serasi dengan tanah maka sebab itu cacing kerawit kerana kaki tak ade alas, makanya kuman kuman di tanah yg baru lepas banjir tu masuk kekaki.
Tapi hari ini banjir dah bertambah moden sikit, kalau kena banjir awal awal lagi ada amaran dan semua tempat yg dijangka kena banjir tu dan semua penduduk diarahkan tinggal di dewan dan di sekolah.Semua siap, makanan di masakan dan pakaian serta selimut di beri dan kalau yg bernasib bagus tu dapat duit lagi.
"dulu lain sekarang lain"kata Tan Sri SM Salim, oooh ye ni ha bila menyebut nama orang yang ada gelaran Tan Sri, Datuk Sri, Datuk/Datin ini saya ingin mengucapkan taniah keatas mereka yang telah menerima penganugerahan WATIKAH PERLANTIKAN DATO' SETIA DI RAJA Pada 31 hb Oktober baru ini iaitu kepada guruku yang banyak mendidiku dan menjadikan aku orang kuat dan bersemangat didalam menempuh liku liku kehidupan ini, iaitu DATO' HJ MUHAMMAD ZAKARIA, Taniah ye Dato' atas segala jasa baik anda didalam menjalan misi kemanusiaan di Nusantara ni dan baru baru ni kami telah pun membuka sebuah lagi Yayasan di Indonesia nama YAYASAN ANAK ANAK MUTIARA NUSANTARA (YAMAN).... eeeh banyak pulak cetenya.
Ok lah ni nak cete lagi tentang pesta bencana alam ni.Hariraya korban ni kami akan melaksanakan korban di Petani di salah sebuah sekolah agama dan peyertaan untuk korban ni masih terbuka lagi, tak mahal pun RM 250 sahaja dan pada hujung minggu ni kami akan mengada mesyuarat untuk Madarasah Darul Tahfiz Sri al Ain Kg Sentosa Semenyih, jemput semua untuk anda datang menyumbang apa yang patut.
Dan di akhir akhir ini isu bencana alam ni dah terhitung dah oleh saya semuanya ada, Tsunami, Banjir,Gempabumi, Ribu taufan, Tanah runtuh, gunung berapi meletus dan berbagai bagai lagi. Tak tau lagi nak kejar yang mana ni.
Saya sangat berharap bencana atau musibah ini adalah satu peringatan dari Allah swt.
Banyak banyaklah kita muhasabah diri, Inyalllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment