Sunday, October 31, 2010
JALAN KELUAR
Tadi saya hantar anak saya dari Kemboja tolong kemas Madarasah di Semenyih, saya tidak ada pilihan lagi didalam perjuangan ini, sama ada saya undur dan saya teruskan saya tidak boleh buat apa apa, saya hanya bermohon pada Allah agar diri saya ini di beri kekuatan untuk menempuh segala liku liku jalan yang saya tempuh ini.
Sepanjang jalan dia bercete tentang keazaban dia semasa jadi pembantu rumah, panjang cetenya dan rasa sangat terharu dan tidak terfikir oleh saya bahawa masih ujud lagi watak firaun atau watak abu jahal yg tidak berperikemanusiaan.
Kerja di rumah China tidak di benarkan solat, di suruh basuh pinggan yg bekas majikanya makan babi dan waktu kerja 4.30 pg hingga 2pg, tanpa rehat dan tanpa cuti sakit kalau sakit, kerjanya 7 hari seminggu.
Ini kekejaman dan anak angkat saya dapat meloloskan diri dari cengkaman kekejaman itu. Dia bernazar kalau dapat bertemu dgn saya dia puasa 3 hari dan kami telah bersama telah 2 minggu.
Di rumah saya tidak perlu pembantu rumah kerana tradisi anak anak saya tidak mahu makan kalau org lain masak, kalau saya tidak ada masa utk masak maka saya beli aje makan inilah perangai anak anak saya ni susah sikit.
Kini dia masih tinggal dgn saya dan saya harap dia dapat berusaha sendiri kalau mahu maju dan berjaya saya akan sokongnya untuk jadi orang maju.
OKlah itu cete anak angkat saya.
Ini pula saya nak cete harilahir pula, ini bukan cete apa apa cuma saya tanya anak angkat saya lain pula itu anak Petani Thailand, "pernah ke sambut berday?" oooh hari jadi iye mak" dia tanya saya
" iyelah ulangtahun kelahiran"kata saya
" tak pernah, buat apa sambut, nak makan pun tak ade duit" katanya
" mak sambut ke" tanya dia pada saya balik
" tak pernah, kalau mak ada duit bagi pada orang susah macam kamu ni, macam syukri ayahnya yg tenat sakit, macam rosdi yg kakinya dah berulat tu, bagi pada anak anak mak di Acheh yg keluarganya dah mati di telan tsunami dan hantar kemerata ratalah dan mak lupa bila hari lahir mak dan tiada orang sudi nak ucapkan pada mak" kata saya, dia diam
"Mak org Malaysia ni suka sambut berday ye" katanya
" iye, kadangkala tu sambut harilahir kat hotel, chalet, buat BBQ,dapat hadiah, baca doa selamat dan beri kek untuk org yg sambut berday, kalau yg kaya macam CT Norhaliza tu, suaminya bukan setakat beri cincin, rantai atau rumah, kereta mahal lagi dia dapat" kata saya
" bagus iye mak, kalau macam tu" katanya
" iye baguslah, kalau org tu cantik dan pujaan org dan jadi kesayangan orang, tapi org macam kita orang pandang macam kucing kurap aje, berday atau hari hari yg tiada beras di umahke, atau pikul kain atas bahu utk hantar orang sama aje,
kadangkala tu ingin juga org tulis sebaris ayat ingatan utk kita, tapi org lupa" kata saya
" tak ape mak,saya sayang mak" katanya sambil mengesat airmatanya. Saya agak dia pilu kerana dia teringatkan ibunya yang di Petani yg tengah sakit kuat dan perlukan duit utk rawatan, tapi dia tidak ada duit dan dia sanggup dtg ke Malaysia ini utk cari duit.
kisah org susah ini kadangkala itu membuatkan hati kita rasa membuak buak simpatinya dan dia kalau boleh tidak mahu pamirkan kesusahan itu, tapi airmatanya yang melelh itu tidak dapat melindungi kesusahanya. Semoga anak saya ni tabah.Nama anak angkat saya ni Abdul Halim, Sekolah di Madarasah Kiraati Nurul Iman, Narthiwat dan sekarang ini dia belajar di bawah khemah dan dah masuk 7 bulan berkhemah, saya akan ke sana utk membantunya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment