Pengalaman yg paling manis dlm hidupku ialah ketika anak anaku masih kecil, ialah kadang kadang bila jaga anak di usia begini kesabaran tu kurang sikit dan didalam usia begini saya tidak menikmatinya sebagai remaja 20 an al maklumlah anak kecil kecil.
Kerja lagi diwaktu itu di zaman usia yang sangat bernilai untuk orang berusia 20 an dengan hiburan atau berkawan kawan.Tapi saya tidak menikmatinya kerana banyak perkara yang harus saya utamakan.
Kini bila usia dah mengijak matang maka ada perkara yang tidak pernah terduga juga yang mendatang,sekarang kesibukan saya lain pulak iaitu dengan kerja misi kemanusiaan makna saya tidak pernah lari dari bekerja dari usia belasan tahun hinggalah usia sekarang.
Kiranya pahit maung dan manis hidupnya semua dah rasa.Dari segi pergaulan pula saya lebih banyak bergaul dengan orang orang susah, miskin, kurang upaya dan kaum yang orang lain jijik nak berkawan iaitu kaum peribumi.
Saya tidak ada kawan kawan dengan Datuk datuk atau datin datin atau Tan sri atau sesiapa yang memiliki jenama yang seumpama itu kerana saya jarang mendongak keatas, saya lebih banyak melintasi jalan yang berliku dalam hidup ini.
Oleh kerana sikap peribadi yang sebeginilah maka saya "terpinggir" dalam erti kata lain, bila orang mengecap nikmat hidup sebagai orang besar besar atau orang ternama yang mana satu masa dulu saya kenal dia diwaktu dia susah tapi sekarang dia sudah terkenal maka bila dia membuat sebarang majlis atau aktiviti tiada senarai nama saya didalam listnya walaupun sebagai tukang basuh pinggan, mungkinlah orang semacam saya ini akan membazir kebendaanya sahaja.
Bila saya kenang balik sejarah bagaimana dia melakar sejarah menjadi seorang berjaya oooh hebat jugalah peranan saya waktu itu, bak kata orang sikit sikt cerita, sikit bagitau atau sikit sikit ngadu, sekarang bila dah pangkat, nama, kedudukan saya ni dibaratkan seperti "ibu setanggang pulak" tidak lah di meyepak terajang saya tapi dia tidak ingat walaupun sepatah kata untuk meyebut nama saya. Itu mungkinlah adat dunia.
Malam tadi saya bertemu dengan kawan saya yang menceritakan sejarahnya yang getir dari usia mudanya hinggalah usianya dah 65 tahun... malu juga saya kerana saya tidak sehebat dia dan sikap perjuanganya sangat hebat dan sangat besar, saya rasa dia ini adalah lelaki yang boleh dikata pembelalah.
Cetenya begini dia seorang lelaki, saya kenal dia dah 20 tahun yg lampau, isteri pertamanya baik dan sangat rajin sepuloh tahun kemudian dia kawin satu lagi,org lelaki selalunya kawin dgn orang cantik, berharta tapi dia ini tidak wanita itu janda ada anak, tak cantik dan tiada berharta dan 5 tahun pada itu dia kawin pula dengan wanita cacat atau kurang upaya... saya anggap lelaki ini hebatlah sebab sanggup mempertaruhkan nafsunya kerana membela nasib wanita.
Oklah tajuk ini agak lari sikit dari misi kemanusiaan, tapi saya harap Allah tidak alihkan perasaan saya untuk terus menabur bakti pada agama, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment