Friday, October 1, 2010
KIAN DI LUPAKAN
Apalah yg ada pada sebuah budi dan apalah yg ada pada bahasa
Budi diberi erti sebagai;
1. Akal, kebijaksanaan;
2. perangai akhlak, watak, sifat baik, perbuatan baik, kebajikan – merasa berterima kasih terhadap kebaikan orang – tidak lupa akan kebaikan orang;
3. Bicara, daya upaya, adat istiadat, tingkah laku, akal, perangai, tabiat. Berbudi bermakna;
Makna
1. Berakal, bijaksana;
2. Berkelakuan baik, baik akhlaknya, sopan;
3.baik hati, pemurah.Lawan sifat keji mereka yang tak berbudi itu ialah sifat-sifat terpuji mereka yang berbudi atau yang hidup dikawal oleh budi.
Antara lain orang berbudi bahasa ialah orang yg sentiasa sabar, suci batinnya, murah hati, lembut hati, tabah, bersyukur, hidupnya sederhana, cinta, rindu, bersahaja, ridha, ikhlas, jujur, waspada, sentiasa meneliti diri sendiri (muhasabah diri), peduli, kasih sayang sesama makhluk, bijaksana, terbuka, menjadi panasihat yang baik dan bicara yang bermanfaat, memiliki hati yang lembut dan akhlak yang baik, bertafakur, bertawakal, mencintai dan membenci sesuatu hanya kerana Allah s.w.t.
Begitulah pentingnya budi bahasa dalam kehidupan seseorang, Yang miskin ditolongi, yang kaya dihormati, yang berkedudukan dimuliakan kerana kedudukannya. Yang alim diminta barakahnya. Yang berpengetahuan diminta ilmunya.
Tapi kalau orang yang tidak berbudi bahasa atau berakhlak bagaimana ye?
Rupa orang yang begini adalah di dalam keadan marah sangatlah buruk namun keadaan jiwanya lebih buruk lagi. Marah muncul sebagai peragai tercela yang disebabkan oleh naiknya darah dalam hati ketika ia ingin menuntut balas.
Lawan marah atau amarah ialah sabar. Untuk melawan amarah, orang yang sedang marah itu hendaklah melatih dirinya semenjak awal lagi, sehingga hasilnya apabila muncul nafsu tersebut ia mudah ditakluki oleh akal.
Sifat tak berbudi atau sifat budi buruk yang lain ialah dengki. Dengki ialah perasaan tidak senang yang muncul ketika melihat orang lain mendapat sesuatu nikmat dan malah ia ingin nikmat itu hilang daripada orang yang mendapatnya.
Dengki sebenarnya muncul apabila didorong oleh rasa dendam (hiqd), satu lagi sifat jijik kerana ia menutup diri, merosak hubungan dan mencampuri urusan peribadi orang lain.
Bukanya apa saya tulis ini ialah kerana saya sering berdepan dengan sikap jelek orang yang tidak senang dengan orang. Ialah orang ini di waktu dia susah mukanya sengeh sengeh menerpa cari orang utk meluah rasa kesusahannya.
Bila dah senang kadangkala kita di ibaratkan sampah yang tak berguna lagi,hinggalah hilang lenyap segala jasabaik kita. Hinalah kalau jadi manusia begitu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment