Monday, October 25, 2010

FAJAR MENYINSING DI KAHERAH

Ini Nota Cinta Dari Salaman

Langkah pertama ke bumi Ambiya.. SALAM NOTA CINTA
oleh Salman Al-Farisi Muhammad pada pada 25hb Oktober 2010 pukul 2.13 pagi

Bertahmid, Selawat dan Bersyahadah

Khabar ini ku buat khusus buat ibu bapa, saudara serta teman-teman. Menceritakan sedikit sebanyak mengenai langkahku ke bumi yang penuh barokah ini, bumi ambiya.

Saat tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , aku menyimpan azam untuk terus menyambungkan pelajaran ke salah satu bumi ambiya. Diantara Makkah ataupun Mesir. Namun cita-cita itu tidak semudah yang disangka.

Madrosati insya allah..

Ramai sahabat yang bertanya; "Kenapa enta tak ambik STAM dulu?"

Kadang-kadang aku memikirkan pelbagai jawapan yang meyakinkan diriku bahawa AKU AKAN KE SANA TANPA STAM!! Waktu tu memang semangat. Antara alasan yang dicipta adalah:

1) STAM melambatkan waktu untuk kesana, sedangkan aku ingin cepat-cepat untuk habis belajar. Sebab mahu cepat nikah. Sebab nikahkan menyempurnakan agama.. wah3..

2) Kalau ambil STAM sebelum ke kesana, aku belum tentu dapat fasih Bahasa Arab.. Makanya aku kena ambil masa dahulu untuk pelajari Bahasa Arab sebelum masuk ke universiti.. Kalau pergi tanpa STAM, aku sudah dapat kelebihan di situ..

Ketika ini aku ingat akan sebuah hadis yang diajar oleh Ustaz Abdullah Abd Wahab supaya membangkitkan semangat pelajar-pelajar mempelajari Bahasa Arab walaupun BA bukanlah subjek kegemaranku.. >_< "Cintailah Bahasa Arab kerana 3 perkara, 1) Kerana aku berbahasa arab, 2) Kerana al-Quran bahasa arab, 3) Kerana bahasa ahli syurga bahasa arab"

Walaupun aku bukanlah cemerlang sangat dengan bahasa arab ni.. SPM bahasa arab agak teruk.. hehe..

3) Aku cuba lari dari masalah cinta dunia (yang ni menarik sikit).. Semakin aku di Malaysia, aku makin dekat dengan masalah cinta, masalah sosial dan masalah hati.. huhu.. Ada seorang pernah bermadah;

"Jika anda lari dari masalah, maka masalah anda akan datang semula kepada anda.. Namun cubalah selesaikan masalah, kerana ia lebih baik untuk anda"

Wah3.. Aku tergolong dalam golongan yang lari dari masalah.. Maka ini bukan alasan utama..

4) Pelajar lepasan PMR boleh ke sana, bahkan aku tidak.

5) Mahu belajar hidup berdikari.. Ibu bapa jauh (sedeh).. Insya allah ia mematangkan diri..

dan yang paling penting!

6) Aku mahu belajar di sana.. BELAJAR! BELAJAR! BELAJAR!.. ILMU! ILMU! ILMU!



Maka azam terus tersemat di hati.. Di samping aku berkhidmat di sekolahku (bab ni banyak memori, kalau cerita, sedih ada, gembira ada..)

Di pendekkan cerita, aku berjaya mengumpul sedikit wang untuk sambung belajar walaupun banyak yang pakai duit abuya.. Thanx alot abuya.. U r my hero..

Alhamdulillah.. Akhir bulan September, aku bertekad untuk membeli tiket.. Target untuk ke Makkah dipadam.. Mesir matlamatku.. Disini terdapat berberapa konflik yang tidak diduga.. Namun hasil usaha dan doa tanpa henti ibu bapa dan sahabat, aku jalankan usaha dalam diam.. Kata-kata seorang kakak lagi membakar semnagat ini sebenarnya.. Walaupun aku ketawa mendengar kata-katanya..

"Akak tidak akan percaya awak nak ke Mesir selagi mana awak tidak naik kapal terbang"

aku kata dalam hati; "Wah.. Aku Salman Al Farisi! Atas nama sahabat Rasulullah yang kuat menuntut ilmu!"

Bersyukur kepada Allah Azzawajalla.. Akhirnya tiket dapat dibeli hasil pertolongan abangku.. Ramai yang menyokongku dan membakar semnagatku.. Kata terima kasih yang tidak terhingga..

gambar pertama Sungai Nil.. KCB; ''siapa yang pernah minum air sungai nil pasti akan kembali ke mesir semula..''
lepas ni mahu ambil gambar sg. Nil yg lbih cantik..

Sehingga kini, aku di Mesir.. Masih berusaha untuk pergi menuntut ilmu.. Kerana pada saat nota cinta ini ditulis, aku masih belum bermula untuk menuntut ilmu secara formal.. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusanku..


Nota cinta ini ditulis disebabkan aku amat-amat malu kerana aku datang bukan dengan usahaku 100% kerana itu adalah matlamatku pada awalnya.. Maka kerana sifat maluku, aku ingin menzahirkan terima kasihku pada Ibu Bapaku, Haji Muhammad Zakaria & Rusnah Abu Samah, adik beradikku, Nurdina, Lukman al Hakim, Muazatul Adawiayah, Muhammad Suhail, Muhammad Syafiq, Ummu Solehah, Muhammad Thoriq, Ummu Sakinah, Muhammad Uzair Izzat Amir, Muhammad Nukman Muqarrin, Muhammad Ammar Yassar & Ummu Jannah.. Sejak lahir hingga ke liang lahad, kalian adalah sebahagian dari degup jantungku.. I Miz u so much..

Tidak lupa pada sahabatku.. Memberi kata nasihat.. Yang terlalu ramai.. Sehinggakan aku merasa serba salah ingin meletakkan nama.. Kerana akan nanti dipersoalkan

"Aku tolong ko, ko tak letak pon nama aku.. Lupa member ke"..

Terima kasih sahabat-sahabatku.. Allah SWT sahaja yang layak menilai jasamu..

Juga kepada ummi dan pakcik (keluarga angkatku).. Jasa kalian tidak ku duga.. Amat bernilai dan berharga.. Tidak terungkap di papan keyboard.. Insya Allah, semoga Allah SWT mempertemukan kita dengan kaadaan yang lebih baik.. Menjadi sebahagian keluargaku.. Ameen ya rob..

Juga kepada yang memberi pertolongan secara langsung juga tidak langsung.. Barokallah..

Maka saat ini aku membulatkan tekadku yang dalam.. Belajar bersungguh2.. Banyak matlamat yang tersusun.. Semoga hijrahku menjadikan aku seorang khalifah yang diredhai Allah.. Mukmin sejati.. Insya Allah.. Seperti hijrahnnya Salman Al Farisi sahabat Rasulullah yang menemukanya dengan iman..

Salam nota cinta,
Kaherah, Mesir

10:20 pm 23 Okrtober 2010


Ini Luahan Rasa dari Ummu Solehah

Dia, adikku yang jaguh.
Dia, adikku yang teguh pendiriannya.
Kadang, rapuh namun tak mudah patah.
Semangat dalam dirinya umpama bara api.
Tetap panas tidak pernah padam!
...Andaiku punya rezeki lebih, akanku infaqkan untuknya di jalan Allah.
Namun, saat ini maafkan aku, aku hanya mampu menitipkan doa di angin lalu agar semua urusanmu dipermudah Allahu Taala, seperti mudahnya air mengalir menyusur sungai.
Cinta kamu!
Pergilah kamu mencari ilmu di tiap pelosok tiang mesjid yang kamu temui.
Kutiplah recehan ilmu di tiap jalan yang kamu lalui.
Melihatmu, hatiku sangat yakin menuturkan,
Tidak pernah salah Bapa dan Ibu memberi namamu Salman Al-Farisi kerna memang engkau kan mewarisi kekentalan semangat Tokoh Salman Al-Farisi.
Banyakkan berdoa, jaga hatimu.
Semoga Robb menjagamu.

Ini diantara bab Novel "FAJAR MENYINSING DI KAHERAH"

Gotek

Zaki ke pusat internet aladin untuk membuka laluan dunia mayanya tanpa sempadan itu ,dia mengambil tempat yang bersebelahan dengan seorang gadis yang berambut perang tercacak macam lidi menyapu.

Zaki menarik kerusi untuk duduk di sebelahnya sebab di tempat itu sahaja yang kosong , biasalah kalau hari sabtu aladin penuh dengan pelanggan internet dan tiba tiba gadis yang berlipstik hitam pekat menghiasi bibirnya menyapa “ hai bro, duduk sebelah I ye” sambil menghulurkan tanganya yang tersarung cincin besi yang gambarnya semua berbentuk binatang “

iye, saya duduk sebelah you" Zaki tidak memandang huluran tangan gadis itu dan dia buat tidak nampak salam perkenalan itu.

Dengan rasa malu gadis itu menarik tanganya”maaf ye bro, siapa nama bro” Tanya gadis gotek itu “ gua….oooo nama gua seperti nama para sahabat” kata Zaki sambil memandang kemuka gadis gotek yang di conteng dengan berbagai warna make up “ nama gua, anis” kata gadis gotek “ eeh bro hensomelah, mai join kita orang” kata gadis gotek yang berusia sekitar lima belas tahun “kat mana pot lu” Tanya zaki” kelab Damansara di sebelah atas tu ada sebuah rumah” kata gadis gotek

“ esok anis boleh jemput abang kat depan Aladin jam 4 ptg”

kata zaki seperti bersungguh sungguh

“ eeeh bro mana ada perjumpaan jam 4 petang, kita orang berjumpa jam 6 ptg waktu sekolah dah habis” kata gadis gotek

“ aala abang tidak boleh keluar kalau dah petang, nanti mak abang tahu abang keluar, siap telinga abang macam cili kering kena ceramah” kata Zaki “ alaaa abang ni, kita muda kan sekali, lagi pun rugilah... abangkan lelaki,guna masa muda sepenuhnya “ kata gadis gotek “ tak bolehlah anis, kalau nak ajak abang join, biar abang pergi sendiri, anis beri alamat” kata zaki sambil membuka laman internet di skrin komputernya “ ok abang miss call kat gua ye” kata gadis gotek sambil menepuk bahu zaki.

Zaki membuka laman web pendidikan di Mesir maka terpaparlah di skrin komputernya tentang pendidikan di Al Azhar.Terdapat sebelas buah universiti di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan iaitu:Universiti Kaherah.........

Jika anda mahu mengetahui tentag cerita selanjutnya tunggu kelahiranya tak lama lagi....

Sebenarnya orang melakar sejarah dalam hidupnya,maka ceritanya boleh di buat novel....tunggu

1 comment:

  1. SALAM. SAYA DOAKAN ANDA BERJAYA DAN SENTISA MENDAPAT PERTOLONGAN ALLAH. SAYA DOAKAN BUKAN HANYA SEPERTI SALMAN AL FARASI TETAPI NANTI SEPERTI SALAHUDDIN AL AYUBI, INSYAALLAH.

    ReplyDelete