Sunday, October 17, 2010
MEMBANTING TULANG 4 KERAT
Inilah keadaan Madarasah Sri al Ain di Kg Sentosa sebelum di bersihkan. Dan esok saya papar foto setelah di bersihkan.
Hari ini hari minggu, pagi tadi hantar Sakinah ke Prima Damansara untuk bersihkan ofis yg dah bersawang rewang dan berhabuk, manakala si bongsu gi rumah ustazah, katanya open haouse.... raya dah habis tapi open house masih lagi beroperasi dan kami ke Madarasah Darul Tahfiz Sri al Ain diKg Sentosa, Semenyih.
Jam 9.00 pg kami dah sampai dan saya beli plastik sampah, duit dalam dompet ada RM 15 sahaja beli plastik sampah RM 5 ( tebal sikit) beli biskut, susu dan roti buat anak ustaz Ulfah maka duit dalam dompet tinggal Rm 2.70
Ustaz Ulfah yang telah pun seminggu membantu saya untuk membuat madarasah ini. Anak Ustaz Ulfah ini ada 18 orang yang berumur dari 17 hingga 1 tahun, sekarang ini dan ini dia membantu kami untuk membuat madarasah.
Kebetulan dia belum ada apa apa pekerjaan. Lagi pun dia ini sama fikrah dengan kami dan dia faham matlamat dan visi kami.
Saya sungguh kagumlah dengan Ustaz Ulfah ini dia datang ke Madarash ini seawal pagi dan balik bila malam sudah lewat.kerjanya mengemas pakaian yang mengunung tinggi dan membersihkan Madarasah ini dengan segigihnya.
Selain pada itu dia telah mengajar mengaji orang dewasa. Alhamdulillah kelas kami sudah mula beroperasi.
Tak terbalas saya budi jasanya yang sangat rajin ini. Ustaz ini merantau dari Kedah untuk mencari satu kehidupan di Semenyih, kebetulan Allah temu kami dengannya...
Mungkin ini rezeki kami dan seluruh warga Kg Sentosa untuk mendapat seorang yang sanggup menghamba dirinya untuk orang lain .
Ialah dalam keadaan kami terdesak untuk mencari orang bekerja di jalan Allah ini, maka Allah telah lorongkan hatinya untuk datang ke Madarasah ini.
Itulah rezeki kami, walau apa pun saya memohonlah pada orang ramai untuk membantu kami ini kerana bagi saya sendiri tidak mampu untuk menampung sebuah madarasah ini dan manakala pula ustaz ulfah dia telah nekad untuk bekerja di Madarasah walaupun tanpa sebarang upah.
Tapi cubalah anda fikir apa yang dia mahu beri makan anak anaknya masih kecil dan sekarang ini dia telah mengorbankan seluruh jiwa raganya untuk membangunkan madarasah ini.
Sekarang ini saya minta kepada pihak tuan dan puan bantulah keluarga ustaz ulfah ini keran ustaz ulfah sendiri telah menghambakan dirinya untuk sebuah pendidikan Islam.
Hulurkan bantuan untuk kami membangun madarasah ini, kami sedia menerima barang makanan atau kewangan atau apa sahaja yang boleh membantu kami.
Hari ini kami di ketuai oleh Hj Muhamaad Zakaria bersama enam orang sukarela telah bergotong royong sehinggalah jam 7.00 malam dan pada minggu depan ini saya akan membuka pendaftaran untuk kelas mengaji, kelas fardhu Ain, Kelas Tahfiz dan pusat kauseling remaja.
Hj Muhamamad sendiri telah membuat perpustakaan di Madarasah tersebut, saya sendiri mengangkut sampah sarap, manakala yang lain telah membersihkan madarasah tersebut, kami hanya berrehat waktu solat dan makan tengahari sahaja.
Kepada sesiap yang ingin menyumbang boleh masuk bantuan anda kedalam akaun
Segala sumbangan adalah di atas nama:
Nama Akaun: Rusnah Abu Samah
No. Akaun: 164025021721 Maybank
Atau
Nama Akaun: Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA)
No. Akaun: 2-00-5561-00001319-0 Agro Bank
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum..
ReplyDeleteM.cik sy nak tanya perpustakaan dekat madrasah ini masih memerlukan buku2 x?kalo masih memerlukan buku2 insyAllah sy akan usahakan cara untuk dapatkan buku2 yang sesuai...
Salam,maaf ye lambat jawab.Setakat buku tak perlu yang perlu rak buku
ReplyDelete