Tuesday, October 5, 2010
LELAKI SELALUNYA TABAH
Semalm saya ke pasaraya nak shopping barang open house, saya naik tingkat atas pasaraya tempat barang barang plastik dan kain baju.Tiba tiba dlm saya belek belek balang kuih ada seorang lelaki yg berusia dlm 30 an dia sedang membelek beg duitnya dan saya pandang sekali lalu, lepas tu saya pusing lagi cari barang yg di cari dan pergi balik ketempat tadi saya lihat lagi orang lelaki tu sedang kira duit seringgit dan sambil tangan pegang bekas kuih plastik.
Dia pandang saya dan saya buat tak tau saja kerana saya lihat dia biasa aje, lepas tu saya pergi tempat lain dan barang yg saya nak cari jumpa teruslah saya kekaunter dan saya lihat dia sedang berkata kata sesuatu pada cashier tu, saya dengrn " tolong ye dik,saya tak ada duit, tapi isteri saya nak juga bekas kuih ni, mlm ni mentua saya dtg umah" kata dia, saya lihat mukanya, iiis kesain pulak saya tengok dia " tak bolehlah encik, bekas ni lapan ringgit, encik ada enam ringgit setengah aje, ni pasaraya harga tak boleh kurang" kata cashier tu " jangan gitu dik, semalam isteri saya dah tengok bekas ni, tapi saya tak ada duit" katanya lagi."kalau gitu en cik beli saja bekas plastik yg murah tu" kata cashier tu marah " janganlah gitu, ni isteri saya mahu, saya tak mahukan hampakannya" kata orang lelaki tu . Bila lama bertengkar saya tolong tambahkan duit supaya dia dapat miliki bekas kuih itu " terima kasih ye" katanya " tak apa, kirim salam kat orang umah" saya kata lagi dan orang lelaki tersenyum simpul sambil menjinjing bekas kuih.
Inilah cerita seorang suami yg sebenarnya kalau suami tu ada duit atau ada harta dia memang tak kedekut untuk memberi kesenangan pada isterinya dan keluarga.Kadangkala itu isteri selalu bersangka tak baik pada suami dan saya terkedu juga tengok orang lelaki yg macam tu, kalau saya jadi orang lelaki saya malu kalau tak ada duit nak beli bekas itu, lebih baik cakap aje kat isteri " abang tak ada duit" biarlah dia nak marah ke atau dia nak merajuk.
Ni saya berkongsi tentang sifat lelaki yg baik
1. Kuat amalan agamanya.Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Pastinya wanita-wanita mengidamkan paling kurang 10 sifat diatas ada pada suami masing-masing.
Kepada lelaki pula sama-sama la kita berusaha untuk menjadi suami yang bertanggungjawab dan baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment