Sunday, October 10, 2010

Perkawinan Angkasawan Negara




Malaysia Catat Sejarah, Angkasawan Pertama Malaysia Berlepas Angkasa

BAIKONUR (Kazakhstan), 10 Okt (Bernama) -- Malaysia membuka episod baru dalam lipatan sejarah negara apabila angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA-11 buatan Russia dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan tepat pukul 7.21 malam (9.21 malam waktu Malaysia).

Kejayaan menghantar angkasawan negara itu menandakan satu lagi pencapaian di peringkat dunia yang mampu diraih rakyat negara ini, selaras dengan usia kemerdekaan negara ke-50 bebas dari penjajahan, pada 31 Ogos lepas.
Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, misi pesawat angkasa lepas seberat 7,170kg itu disertai Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari Russia.

Bukan itu sahaja, Dr Sheikh Muszaphar Shukor juga mencatat sejarah sebagai Angkawasan Islam pertama yang bakal menyambut Aidilfitri di angkasa lepas, yang berada pada kedudukan 333km dari muka bumi dengan jangkaan tiba ke ISS selama dua hari. Beliau berlepas di saat umat Islam berpuasa pada 28 Ramadan.

Di Malaysia, berjuta-juta rakyat menonton pelepasan itu yang disiarkan secara langsung melalui media elektronik khususnya televisyen, di RTM1, TV3 dan Astro 588, dan beberapa skrin yang ditempatkan di lokasi strategik di ibu negara bagi menyaksikan detik-detik kegemilangan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada ketika itu menyaksikan sendiri kejayaan yang dicapai anak muda dari Seremban itu dalam satu majlis khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Kong Cho Ha dan 280 pelajar sekolah.


Program angkawasan negara bermula pada 2003 apabila Russia bersetuju menghantar seorang rakyat Malaysia ke ISS sebagai sebahagian daripada perjanjian pembelian 18 jet pejuang Sukhoi 30-MKM bernilai RM3.42 bilion buatan Russia oleh Malaysia pada 5 Ogos 2003.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor dipilih untuk misi ini walaupun Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roskosmos) juga mengiktiraf seorang lagi angkasawan negara Kapten Dr Faiz Khaleed yang menjadi angkasawan sokongan bagi misi ini.

secara rasminya membuka peluang kepada rakyat Malaysia menjadi calon angkasawan yang pertama dengan sebanyak 11,267 orang memohon.
Selepas menjalani pelbagai ujian, Dr Faiz dan Dr Sheikh Muszaphar Shukor menjalani latihan di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin

Penerokaan manusia ke angkasa lepas bermula pada April 1961 apabila angkawasan pertama Yuri Gagarin membuat pusingan bersejarah mengelilingi bumi dengan masa 108 minit, menggunakan kapal angkasa Vostok 1 seberat lima tan

Itu sikit lakaran sejarah gemilang angkasaan negara ini

Dan sekarang seluruh rakyaat Malaysia ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada angkasawn negara ini .


Wedding of the year Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos

Kenapa 10/10/2010 ?
- pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 1 Januari lalu telah memilih tarikh 10 Oktober 2010 untuk majlis perkahwinan mereka sempena ulang tahun ketiga Dr. Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

- Malaysia bakal menjadi tuan rumah kepada persidangan Association of Space Explorers pada 3 hingga 10 Oktober ini, maka peluang ini diambil bagi menunjukkan kepada tetamu dari luar negara tentang adat kebudayaan melayu di Malaysia.

-Majlis akad nikah Sheikh Muszaphar dengan Dr. Halina Mohd Yunos
diadakan di Masjid 'Besi' Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 10 Oktober

- majlis yang akan berlangsung pada pukul 10 / 11 pagi itu terhad kepada 10,000 tetamu sahaja

- tetamu yang hadir turut diberi peluang untuk merakamkan gambar bersama pasangan mempelai itu


- Majlis persandingan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada pukul 8 malam 10 Oktober

- tetamu kehormat yang dijemput adalah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan selebriti, Datuk Michele Yeoh.

- seratus angkasawan dari 35 negara juga turut dijemput untuk menghadiri majlis bertemakan 'pahlawan Melayu di istana kayangan' dan 'angkasa lepas'

-Konsep perkahwinan , hantaran dan baju persandingan perkahwinan konsep pahlawan Melayu tetapi mempunyai ciri-ciri angkasawan misalnya pelamin dibuat dengan ciri-ciri keislaman dan kemelayuan

- Bibah Songket akan menaja baju persandingan mempelai yang diperbuat daripada songket dengan bertemakan warna biru, emas dan perak

- Datuk Bernard Chandran akan menyediakan persalinan untuk majlis memotong kek

- seluruh keluarga dan angkasawan yang hadir akan mengenakan persalinan iaitu baju kurung dan baju Melayu yang dibuat oleh Cosry dan kainnya ditaja oleh Jakel

- pihak lelaki akan memberikan sembilan hantaran berbalas 11 hantaran daripada pihak perempuan yang disediakan oleh Cosry

No comments:

Post a Comment