Monday, October 18, 2010
KAKI PALSU KIAN MEMBUSUK
Ini gambar kami bersama dengan Rusdi yang no 3 dari kiri iaitu sebelah Mohd Thoriq.
"Assalamualaikum, saya RUSDI mak cik, kaki saya kian sakit sebab kaki palsu rosak, saya dapat cuti pada 14 hb Nov dan bercadang untuk balik ke Kemboja untuk mengambil ubatnya.Tapi saya tidak cukup wang, saya sangat berharap kepada mak cik dan pak cik agar dapat menolong saya,semoga Allah akan memudah urusan dunia dan akhirat" ini SMS yang saya terima dari anak angkat saya orang Kemboja yang belajar agama di Sekolah Agama di Sri Petaling.
Dia adalah seorang pemuda yang berusia 22 tahun dan telah empat tahun datang ke Malaysia untuk menuntut ilmu.Dia datang dari Kemboja, latarbelakangnya adalah dari keluarga yang sangat miskin lagi daif.
Datang ke Malaysia hanya untuk menuntut ilmu bagi bagi mengembangkan agama Islam di negaranya yang mana Islamnya kian pupus.Alhamdulillah dia adalah merupakan pelajar yang bijak dan dia telah belajar bersungguh sungguh.
Rusdi merupakan pemuda yang telah cacat kakinya di sebelah kanan kerana terkena jerangkap samar yang telah di tanamkan oleh pihak pol pot dulu, sewaktu dia terkena jerangkap samar usianya baru berusia 16 tahun.
Semenjak tarikh dia itu dia telah tidak berdaya lagi untuk aktif sebagai pemuda.
Perubatan di Kemboja tidak mengizinkan untuk dia pulih dari terkena jerangkap samar, kakinya kian memburuk. Tapi Rusdi seorang pemuda yang tabah dia telah mendapat satu kaki palsu yang berharga murah bagi menyambung pergerakanya. Kini dia sentiasa menjaga makan, kesihatanya bagi mengekalkan kakinya boleh bertahan lama.
Dalam pada itu dia juga terpaksa menyambung cita citanya untuk menjadi orang berilmu walaupun dia orang miskin daif itu bukan penghalangnya untuk menjadi orang yang berjaya.
Disamping itu juga dia adalah pemuda yang cacat tapi itu bukan menjadi penghalang untuk bergerak berhijrah mencari ilmu dan pengalaman.
Betapa besarnya pahala yang anda dapat jika anda dapat membantunya untuk menyelesaikan masalahnya.
Saya sebagai ibu angkat kepadanya sangatlah berharap agar rintihan dan permintaan pemuda ini didengari oleh orang orang yang bersimpati dengan nasibnya.
Keperluaanya
1 Tiket pergi balik ke Kemboja RM 850
2 Perubatan sementara untuk kaki palsu RM 1500
3 Perbelanjaan untuk sara dirinya 2 minggu RM 400
Jumlah RM 2750
Harapan saya kepada dermawan agar terbukalah hati untuk membantu pemuda ini. Sesungguhnya jika kita membantunya Allah akan membantu kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment