Thursday, October 21, 2010

7 bulan belajar dalam khemah




Hari ini seperti semalam dan esok belum ku tahu lagi.Apakah sedu sedan ku ini di dengari oleh orang.... entahlah. Hari ini perjalanan ku sedikit memenatkan ialah dari pagi lagi saya dah mencoretkan 2 buah novel saya diidalam pembinan skrip mentah... tak bolehlah nak duduk menulis sepenuhnya masa yang sangat mencemburu hanya dapat mengetip laptop ini sejam atau habis lama pun 2 jam itu pun kena buat kerja persatuan.

Lepas tu saya ke Kajang membawa 2 orang puteri saya dengan 2 tujuan yang berlainan dan saya pun hanya ada misi ingin membuat kerja untuk madarasah di Semenyih sahaja.

Hantar Sakinah ke PPZ,bantuan dari pusat zakat dalam proses dan Sakinah mengeluh panjang" nak belajar sekarang ni kena seperti along dan pemimjam pulak, kalau lewat bayar yuran kena denda 5 persen, susahlah macam tu apakah pendidikan sekarang ini telah di swastakan sepenuhnya... baguslah kerajaan sekarang mencari duit tak bertempat.

Jangan laku begini kepada rakyaat, dulu saya masih ingat lagi kalau masuk belajar kat universiti sedikit aje keluarkan belanja dan orang masuk universiti dapat biasiswa bukan pimjaman dahlah tu makan percuma di kantin , asrama percuma dan sedikit aje bayaran yuran. Sekarang hanya orang yg berduit sahaja boleh sekolah dan belajar.

Sekarang Malaysia udah jadi kembar Indonesia pula "orang kaya aje boleh sakit dan orang ada uang aje boleh belajar" jangan gitu dong... nanti ramai rakyaat jadi pengamen minta sedekah sebab enggak mampu.

Lepas tu saya ke kedai alat alat muzik temankan si bongsu beli keyboard, entahlah minat si bongsu biarkanlah.

Ketika saya masuk kedalam kereta datang seorang pemuda yang minta duit nak buat sekolah dari Thailand... dia hulurkan fail yang berisi dokumen sekolahnya dan saya tanya satu persatu padanya, dia bercerita pada saya dengan iklas. Saya bawa dia ke Semenyih untuk ambil pakaian yang orang sumbangkan pada saya untuk berbagai mangsa, dia sangat terkejut tengok pakaian saya yang tidak terurus itu macam Gunung tingginya dan dia telah mengambil pakaian itu sebanyak 3 beg dan dia berjanji dengan saya mahu datang untuk mengambil pakaian itu untuk di bawa balik ke Thailand.

Orang yang megutip derma itu nama Ibrahim dari Petani dan dia mengutip derma untuk
Madarasah Kiraati Nurul Iman Anil,132/2 T.8 Bongo D. Rangeh W.Narathiwat,Thailand

Apakah fungsinya Madarasah di Selatan Thailand pada umat Islam?
SELATAN Thai sinonim dengan sistem pengajian sekolah pondok sejak berabad-abad lamanya. Sistem sekolah pondok ini juga telah melahirkan ramai tokoh-tokoh ulama terkenal nusantara.

Sekolah pondok adalah sistem pendidikan tradisional yang juga banyak diamalkan di Malaysia dan Indonesia yang memberi fokus kepada pengajian Islam. Di Indonesia sekolah pondok juga di kenali sebagai Pesantren.

Di Selatan Thai, sistem pondok yang diamalkan tidak ada had usia bagi mereka yang ingin belajar tanpa mengira latar belakang mereka. Sesiapa sahaja boleh datang pada bila-bila masa untuk menuntut ilmu, meliputi semua ilmu akhirat.

Di sekolah pondok juga menekankan asas-asas ibadah (fardu ain) seperti sembahyang, bersuci, anak soleh, suami isteri dan juga bab syurga neraka.

Itu sedikit retetan pondok di Thailand.Dan saya telah bertanya latarbelakang pondoknya dan kenapa dia datang ke Malaysia untuk mengutip derma? susah mahu saya cakap pada anda semua, tapi di sini saya bagi faham....Pondoknya telah terbakar pada 7 bulan yang lepas, pondok pondok yang menempat pelajarnya hampir 600 orang habis musnah di jilat api dalam sekelip mata dan sekarang semua pelajarnya tinggal didalam khemah sahaja tanpa letrik dan air paip hanya pakai pelita dan air perigi sahaja didalam khemah ini jugalah sebagai kelas dan sekaligus tempat menginap pelajarnya.

Dia datang ke Malaysia seramai 5 orang bersama dengan mudir Madarashnya dan telah dapat sokongan dari Kementerian dalam Negeri untuk mengutip derma selama sebulan,

kini didalam misi mengutip derma mereka telah tidur di masjid masjid dalam kutipan yang di anggarkan sebanyak RM 360,000 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Enam Puloh Ribu sahaja) untuk membina semula sekolahnya yang musnah itu, tapi pada hari ini Ibrahim baru dapat mengutip RM 30 sahaja dan saya pun tak tahulah apakah nasib 600 orang pelajar Madarasah itu akan terbela? dan saya berjanji padanya akan membantu untuk mengumpul dana dan hasrat saya sebelum hariraya korban ini saya akan ke Madarasah itu dan akan membuat korban di sana.

Saya haraplah pada seluruh rakyaat Malaysia yang terjumpa blog saya ini tolonglah mereka, apakah tegar kita dengan nasib umat Islam yang terpaksa tinggal dalam khemah untuk belajar agama? di manakah kita sekarang ini?
Saya telah menyedia tabung untuk Madarasah ini.

1 comment:

  1. mereka di benarkan utk mengutip derma selama sebulan sahaja tp mengapa smpai skng ade lagi wakil2 madrasah ini mengutip derma. adalah wang yg dikutip masih tidak cukup, sdah setahun berlalu. setiap minggu ade saje wakil2 yg dtg ditmpt2 tumpuan org ramai meminta sedekah

    ReplyDelete