Tuesday, October 12, 2010

KEKUATAN SEDEKAH





Kekuatan Sedekah

Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?”

Allah menjawab, ”Ada, iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?”

Allah yang Maha Suci menjawab, ”Ada, iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?”

Allah yang Maha Agung menjawab, ”Ada, iaitu air” (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?”

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ”Ada, iaitu angin” (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi ”Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ”Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”.

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah :

”Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya”.

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Ganjaran bersedekah

RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW,

Saya membawa kisah ini adalah untuk saya tuju kepada anak anak saya sendiri yang kadangkala saya rasa mesti beritahu pada mereka bahawa setiap hari kita mesti bersedekah dan bersedekah ini adalah merupa amalan nabi.

Baru ini pada bulan syawal, kami sekeluarga bersiap siap nak balik kampung, dlm bersiap siap tu saya tengoklah dompet saya.... oooh cukuplah ni balik kampung 3 hari aje, kalau tak cukup pun tak ape. Tapi sebelum balik tu saya mesti tunai satu tanggungjawab yang lebih berat dari tanggunjawab saya pada anak anak saya iaitu mengirimkan duit raya untuk anak anak angkat saya di Acheh seramai 15 orang tu, ialah lebih kurang RM 100 seorang untuk baju, seluar, songkok, kuih raya,dan tambang balik kekampung mereka di sekitar Acheh.

Maka saya telah mendapat sumbangan dari beberapa orang sahabat, alhamdulillah cukup dan saya kira kira cukup ngam ngamlah, tak lebih dan tak kurang tapi saya terfikir juga tak kan anak anak tu, habis mak cik yg jaga siang malam tu macamana? maka saya ceritalah kat anak anak saya yg dalam umah, tiba tiba salah seorang anak saya yang tidak mis bagi duit zakatnya pada saya setiap tahun telah menghulurkan zakatnya, agaknya zakat hartalah tu, nak kata zakat harta umurnya baru 15 tahun.... saya fikir gasak dialah, dah dia nak sumbang saya terima dan saya tanya " dik duit ni dari mana adik ambil" "ala mak tak payah tanya, duit ini kita simpan sikit sikit supaya kita pun nak rasa juga nikmat sedekah" kata budak ini.

Maka terfikirlah saya kalaulah orang dapat duit sebulan RM 1000 apakah dia tak boleh sumbang ke RM 10 atau kalau dia dapat gaji RM 5000 apakah tak boleh sumbang RM 50 sebulan. ni budak tingkatan 3 yang belanja RM 20 seminggu boleh simpan untuk buat sumbangan pada orang memerlukanya.

Iyelah hidup atas dunia mana ada cukup, tapi kita mesti rasa cukup, kalau kita susah sebab tak jadi orang kaya, tapi sekurang kurangnya kita bahagia sebab ada makan, pakai dan tempat berteduh.

Nabi sangat berduka cita kalau dia tidak bersedekah, tapi kita sangat susah nak bersedekah.

No comments:

Post a Comment