Sunday, November 14, 2010

LUPA ASAL USUL


Atuk aku ni pawang, dia selalulah ubatkan orang sakit, macam macam peyakit dia boleh ubat.

Ini aku cete keistimewaan pawang

Diantara pawang,bomoh dan dukun...pawang merupakan yg paling glemaer sekali dari segi ranking diikuti bomah dan last dukun.

Perbezaan antara ketiga ini ialah peranan dan tugasan masing-masing dalam masyarakat tempat tinggal mereka.

Pawang merupakan memiliki kemahiran dan keupayaan ketiga penting yg perlu ada dalam sesebuah kampung

1 ketua kampung
2 imam kampung
3 pawang kampung.

Tugas pawang ni ialah menjaga keselamatan kampug dari pada dimasuki oleh anasir luar terutama musuh, baik yg di alam nyata atau yg ghaib atau binatang buas.

Orang jadi pawang ni mempunyai kebolehan merawat berbagai jenis peyakit, samada mental (kalau sekarang ni pakar saikologilah) atau sakit luaran.

Sebab itu zaman dulu kalau ada pawang,bomoh atau dukun luar yg masuk ke sesebuah kampung, mereka perlu minta izin dari pawang kampung berkenaan sebelum mengubat anak buah dia.Kalau tidak keluar hantu pawang pawang tu dan berlaga lah hantu hantu ni, aku pernah tengok hantu atok aku berlaga dengan hantu pawang lain.Tapi menanglah hantu atok aku.

Zaman kecik kecik dulu aku dudok dengan atuk aku ni, aku kadangkala sebagai pembantu iaitu tukang gorengkan bertihlah,tukang ambilkan telurlah, tukang tengokan dalam air dalam mangkuknya ada kalanya aku di paksa tengok utk menyakin pesakitnya , kau nampak tak senah tu ha keluar gambar...

Kadang kadang dia kata nampak darah, tapi saya yg mata budak budak masa tu mana ada nampak.Biasalah pawang bikin gempak sikit, tapi ada yang betul jugak tau kalau anak orang kampung sakit perut, ubatnya senang aje minyak tanah tu disapu kat perut budak dan bila tanganya di letakan aje kat perut budak tu teruslah elok, budak tu dah tak nangis lagi.

Yg aku nak cete ni bukanya tentang ilmu pawang atukaku ni,selain ilmu pawang yg menglemerkan dirinya tapi dia juga pakar motivasi. Dia ni tak kaya, tapi tak susah, kata orang hidup sederhana dan dia ni ada 3 psg baju aje, setiap hari sebelum subuh dia mandi kat sungai Pahang dan ilmunya yg di tinggalkan memang banyak.Dia meninggal di tika usianya 85 tahun, tapi mukanya macam orang umur 45 tahun petuanya
1 Mandi air embun terutama sapukan kat muka setiap 3 hari sekali
2 Kain basahan selepas mandi selepas di perah mesti di gigit sekuat kuat hati dan masa dia meninggal giginya cantik tersusun, tak sebatang pun yang buruk atau patah
3 Kalau dia mandi kaki mesti jirus air dulu, katanya kalau jirus air atas kepala dulu, rambut cepat gugur dan kepala cepat botak, masa dia meninggal rambutnya jarang jarang aje uban.
4 Selepas mandi dia tidak lap badan serta merta dia tunggu air kering di badan dan ada pengesat badanya hanyalah sehelai kain pelikat lama yang dah lusoh
5 Kalau dia berjalan tak pernah naik dadanya
6 Sewaktu dia bangun tidur ada doanya, Nanti saya tuliskan dan lepas doa dia sapu kat mukanya dan dia urut mukanya

Berbagailah petua atuk aku ni,dia ni hidup sezaman dengan Mat Kilau,atuk aku tinggi lampai hensem tau, tapi aku sering teringatkan senyum yang tak pernah putus dari bibir walau di waktu senang atau di waktu susah.

Masa dia meninggalkan orang datang macam menteri meninggalkan dunialah ,aku ingat lagi kan main banyak duit atuk perempuan aku dapat.

Panjang pulak cete aku ni, tapi tak ape aku nak cete motivasi atuk aku ni.

Atuk aku ni selalu kata ,"kita ni kalau dah senang janganlah berjalan pandang ke langit, sekali sekala pandang rumput di bumi" sebab apa atuk aku kata begitu, sebabnya ialah dia selalu di datangi oleh oleh orang yang bermasalah, macam amcam masalah terutama masalah rumatangga, masalah pinangan di tolak, nak kawin tapi tak setaraf lah.Bolehlah aku ibaratkan atuk saya ni pakar kauseling"kalau atuk aku cakap dgn orang pasti aku pasang telinga, faham tak faham itu lain cerita, janji aku tahu bahawa setiap yg datang mesti pembawa peyakit dalaman atau luaran.

Ni ada satu peristiwa, cete ni saya faham. Satu hari tu ada seorang ibu datang kerumah atuk aku dia kata " Atuk Lah, anak saya dah tak berapa baik dah dengan saya, dulu masa dia kecik kecik, saya bagi nasi dengan garam pun dia makan, sekarang ni bila dia kawain dengan anak tok penghulu kg seberang tu, datang bawa anak bininya datang umah saya, tidur kat umah saya pun dia dah tak mau" kata si ibu " nape Timah" Rumah saya ni buadak budak tu ramai, bini dia tu anak tok penghulu,orang senang dan cucu saya pula tak selesa duduk ramai ramai dengan sepupunya, bini tu takut anaknya kena nyamok, kena hamalah" kata ibu itu ,atuk menganggukan kepalanya.

Tiba tiba atuk aku panggil aku " eiii senah, bawakan tok semangkuk air isi dalam mangkuk putih tu" laung atuk, sebenarnya aku ada dekat balik tabir dan aku dah tahu" baik, air je ke tuk" tanya aku " air dan jarum 3 btg" kata atuk aku " baik tuk, aku pun kedapor megambil barang barang yg atok arahkan , atok pun mulalah membaca jampi serapahnya dan jarum tu tu di lakarkan dalam air " hhaa tengok tu timah, anak kau ni dah lupa diri semenjak khawin dengan anak penghulu tu, dia dah lupa asal usulnya dan dia nak jaga maruah bapa mentuanya" kata atuk aku, ibu tu ngangguk," ni Timah aku jampi air ni, bila si Bakar tu balik kau bagi dia minum, biar dia ingat balik asal usulnya dan kau bawa dia datang jumpa aku, aku nak jampi kat ubun ubunya dan jampi sikit kat hatinya" kata atuk aku, aku senyum gelihati dengar atuk kata gitu, aku tahu kalau si anak ibu tu balik dia nak kauseling, dia katalah nak jampi kat hatinya.
Pandailah atuk aku ni,benar kata atuk aku.

Tiba ibu itu menangis kuat sambil tersengut sengut menahan pilu di hati, atok aku biarkan ,sambil menangis sambil membebel dia kata macam macam sebab anaknya dah tak mahu tido kat umah yang satu masa dulu tido selimut pakai kain pelikat bapanya koyak rabak, makan nasi dgn garam, tidur beralas mengkuang, tapi sekarang tak mahu dah tido kat umah ibunya, dah dapat bini orang kaya, maka status pun serta merta bertukar.... eisss aku harap anak aku tak cari bini gitu ye, biarlah nak tido kat serambi ke, kat dapor ke, bukanya tidur sampai seminggu tido semalaman aje, habis lama pun tido 2 malam.

Aku kalau balik umah wan tomah aku tido kat wan tomah, best tau dia bercerita sampai kita terlelap rasa macam budak kecik pulak, ibu bercerita sampai kita lena " itulah ibu permaisuri di hatiku"

No comments:

Post a Comment