Wednesday, November 10, 2010

Happy berday Rusnah


Malam tadi saya menerima tetamu saudara baru, saya berbual bual tentang dirinya dari jam 9.30 mlm hinggalah jam 1.55 pg.
Dia datang kerumah untuk saya temubualnya bagi saya menulis tentang dirinya sebelum Islam dan selepas Islam, dia beberapa kali mengesat air jernih yg mengenangi mata sepetnya.

Saya tahu dia sedih dan pilu dan saya tahu ada soalan saya dia tidak mahu jawab, tapi saya memaksa dia untuk menjawabnya sebab kalau mahu nulis bukunya dia mesti terus terang dan berfakta.Akhirnya dia akur, tapi ada satu bahagian yang hati saya turut tersentuh iaitu mengenai "ibu".

Dia kehilangan ibu atau mamanya sewaktu berusia sepuluh tahun, kematianya ibunya amat tregedis iaitu ibunya terjun kesungai bunuh diri.

Sebab apa?
Katanya ibunya mengalami stress di tempat kerja dan juga menjaga anak anaknya yang dua orang itu.

Apakah keistimewaan mamanya pada dirinya? dia berkata kalau mamanya ada dia tidak seperti hari ini mungkin dia tidak jadi insan yang terbuang kerana dia memeluk agama Islam.

Tapi hari ini dia adalah insan yang "merempat" menagih kasih sayang dari bukan darah dagingnya, dia berusaha gigih siang dan malam untuk membiayai pendidikan dan dia berdikiri walau keadaan dirinya tidak sihat untuk mengisi perutnya.

Dia amat sedih di atas kehilangan insan yang melahirkanya dan sehingga ke hari ini dia sentiasa menyebut " emak kandung tidak sama dengan bapak kandung, emak kandung sangat sayang pada anaknya walaupun siapa anaknya dan agama apa yang anaknya anuti dan walau bagaimana keadaan anaknya"

Sebenarnya saya nulis cerita Adam Eh ini sebab saya hari ini dia anggap seperti ibunya dan dia panggil saya "ummi" dan hari ini saya rasa sangat teruja kerana ramai orang panggil saya happy berday ummi, happy berday bunda, happy berday mak..... bestlah kalau jadi seorang ibu ni selalu sahaja bertahta di hari anak anak.

Tapi ni haa saya nak cete juga pasal sejarah ayahnda saya Abu Samah Yusof, orang yang pernah saya kenali sebagai orang yang ramai anak anak angkat, saya rasa ayah saya ni hebatnya dia kerana suka sangat tolong orang susah, orang tiada kerja dan umah kami zaman dulu jadi tempat transit orang miskin,

kadangkala bergaduh juga antara emak dan ayah,tapi akhirnya mak dah tak kisah lagi dan pernah ayah mengambil satu keluarga yg tinggal di bawah jambatan dari mula berkawain hinggalah mereka dapat anak 3 dan bila ayah jumpa ayah telah beri tempat tinggal, beri tanah utknya bercucuk tanam dan akhirnya orang itu telah membina rumah sendiri dan hidup dalam kedaan yg amat selesa dan ayah juga pernah mengambil seorang anak muda yang telah berjalan kaki dari Tanjuang Piandang Perak ke KL, ayah jumpanya di sebuah surau di Slim River sedang tidur keletihan dan dia mengadu nasib pada ayah yang waktu itu ayah balik dari kerja di Perak.

Ayah telah membawa balik kerumah anak muda itu, dan sekali lagi emak bermasam muka kerana anak yang ada dirumah pun makan tidak berapa nak ada, tambah lagi orang lain yang menumpang.

Tapi ayah adalah ayah yang hebat.Dia telah didik anak muda ini dengan kerja kampung selama 10 tahun,dan pemuda ini tinggal dengan kami.

Pada ketika usianya 30an dia telah di tawar kerja sebagai peraih ikan di pasar dan rezeki mula mencurah curah, rupanya dia tidak lupa pada ayah yang menolongnya, bertahun tahun rumah kami tidak pernah beli ikan, hinggakan kalau emak mahu pergi kepasar emak terpaksa ikut jalan lain takut berjumpa denganya dan menjadi rutin harianya menghantar ikan kerumah.

Ini kisah anak angkat ayah saya yang kenang budi, tapi sebenarnya ramai juga yang buat tak tau sahaja, ayah pernah menjaga seorang anak muda yang sakitnya dlm tempoh yg sangat lama bertahun tahun, dalam keadaan susah ayah bawanya naik basikal bertahun tahun berubat kerana sakitnya dan bila dia sihat dan beristeri, rumahnya selang tiga buah rumah dengan rumah ayah, tapi dia tidak jengok sekali pun waktu raya dan dia jengok kami waktu isterinya sakit nak bersalin minta tolong dan nak pinjam basikal untuk panggil bidan.

Saya sangat rasa teruja dengan ayah, di akhir hembusan nafasnya dia di kelilingi oleh ramai orang yang kami tak kenali dan rumah kami penuh dengan orang yang seorang pun kami tidak kenal, jenazah ayah di uruskan terlalu pantas oleh orang yang ramai itu dan dikebumi dengan cepat sekali dan tiga malam berturut turut rumah kami di datangi oleh orang yang membuat tahlil arwah oleh kenalan ayah yang tidak di kenali oleh keluarga kami.

Ayah adalah lelaki hebat dan dia pergi tidak meninggal secebis tanah pusaka walaupun pun dia seorang juruukur yg banyak memohon tanah kerajaan untuk orang susah di beberapa buah kampung, tapi bukan untuk dirinya dan dia meninggal tanpa meninggal walau setengah sen duit dan ayah hanya memiliki akaun tabung haji sahaja dan dia tidak pernah memiliki akaun bank lain.

Saya adik beradik masih di kenali oleh orang kampung sebagai anak Abu Samah dan orang kampung tidak tahu nama saya, kami hanya menumpang nama ayah sahaja begitulah nama yang dipahat oleh ayah di hati sahabat sahabatnya dan anak anak angkat dan saudaramara, semoga roh ayah di cucuri rahmat.

No comments:

Post a Comment