Thursday, November 11, 2010

Geram...jangan engkau geram


Pagi ni memanglah hujan turun renyai renyai, tapi hati aku panas pagi ni, ada beberapa sebab yg buat hati aku panas. "Anak kalau tidak ajar dgn betul bila besar nanti dia tak akan jadi orang" permulaan bebelan ku pembuka bicara didalam umah pagi ini.

Dalam umah ada 4 org anak iaitu 2 anak kandung, 2 lagi anak angkat 2 lelaki 2 perempuan.

Ok anak perempuan aku ni aku bebelkan dulu, lepas tu aku bebelkan anak angkat aku yg satu dari kemboja yg satu lagi baru masuk Islam.Mereka semua ni bikin aku meluap luap kepanasan... kenapa?

1 Bangun pagi lambat, dah solat subuh tido semula...ini punca rezeki mahal, jangan tidur bila dah bangun banyak kerja nak buat, sapu sampah, basuh kain, buat sarapan, basuh pinggan, beri makan ikan, beri makan kucing, buang sampah...itu kerja org pompuan...kalau tak reti buat keja macam ni jangan harap nak cari suami.

Hari ni saham lelaki tinggi, dia tak pandang pun wanita cantik ke, wanita gebu ke, wanita kaya ke, wanita pandai internet ke, wanita pandai komputer ke... pergi jalanlah wanita gitu.Lelaki sekarang ni nak cari pompuan yg pandai masak, pandai kemas umah dan pandai jaga anak.. tak keje tak apa.

Buat apa bini keje tapi tak pandai masak, tak pandai kemas umah, harga hantaran mahal sekarang ni, kalau tak ada RM 40,000 jangan harap nak buat majlis kawin, bila dah kawin dapat bini hampas...mau laki pukul bini. aaa sebab tu suami di negeri arab suka pukul bini sebab hantaran mahal bila dapat bini hampas.

Ingat tu budak budak perempuan, belajar ilmu umah tangga.

2.Ini kesah budak lelaki yg dah meningkat dewasa,yg ada kat umah kedua duanya umur dah 20'an. Aku naik panas ialah suka sangat solat di umah, orang lelaki solat di umah? selalunya orang lelaki solat di umah ni orang lelaki yg lumpuh, yg gout,yg strok iaitu yg tak boleh jalan.Ini lelaki remaja yg sihat walhafiat, hensem lagi, macho lagi, patutnya org lelaki yg muda muda ni jadi imam di surau lepas tu bagi tazkirah, ini baru pemuda pemimpin namanya dan pagi tadi aku buka blog http://cintanota.blogspot.com/2010/11/beriman-dengan-memakmurkan-masjid.html,

Ini budak lelaki yg baru tersedar, baguslah.Yg dok solat umah ni kedua duanya ada kete sendiri? kalau nak jadi pemimpin umah tangga org jantan kena solat di masjid, nabi selama umurnya tak pernah solat di umah...macamana ni?.

Mulai dari hari ini aku mesti buat sesuatu yg drastik dan bikin kekerasan untuk mendidik para remaja, aku tak boleh guna berhemah lagi, aku mesti guna hukum hudud pulak.

No comments:

Post a Comment