Ini adalah kisah saya semasa sekolah rendah dulu. Saya adalah anak miskin yang mana ibu saya kerjanya pagi menoreh getah, petang selalunya ke sawah utk tanam padi. Manakala ayah pula kerja menyukat tanah orang atau istilahnya kerja sendiri.
Hobi ayah saya yang hingga ke akhir hayatnya ialah meneroka tanah. Jadi saya ini adalah anak sulongnya yang sentiasa mengikut kemana sahaja ayah pergi iaitu kalau dia buka tanah baru untuk di terokanya untuk jadikan sebuah kampung.
Satu ketika ayah telah membuka sebuah kampung yang jauh di pendalaman. Ibu saya saya tidak mahu ikut sebab jauh dari bandar dan kami adik beradik tiga orang terpaksa ikut ayah tinggal di kampung yang belum ada orang tinggal itu.
Pondok yg di bina oleh ayah ialah bertiang empat sahaja berlantaikan buluh dan berdinding rumbia. Ayahlah tukang masak, ayahlah tukang cuci dan ayahlah juga mencari rezeki. Masa itu kami masih kecil, kesusahan begitu tidak terasa tapi yang penting kami dapat bermain main.
Masa berlalu dan saya pun menginjak pada usia mahu masuk sekolah. Jauhnya dari rumah kesekolah lebih kurang 15 kilometer. Masa ini baru terasa azabnya hidup ini. Masa itu ibu saya terpaksa jugalah berpindah kekampung yang ayah teroka itu memandangkan saya dah bersekolah dan ibu saya terpaksa akur dengan kehendak ayah. Rumah yang di bina di bandar yang ada keselesaan di tinggalkan sementera waktu dan di jengok hanya hujung minggu sahaja.
Masa saya darjah satu ke sekolah ayah hantar dengan basikal tua, balik pula ayah jemput.
Bila darjah dua ayah ajar saya supaya berdikari, masa ini hanya Allah sahaja yg tahu betapa letihnya badan. Bangun pagi jam 5 pagi pergi kesekolah jalan kaki 5.30 pagi dah bertolak dari rumah berbekal duit 10 sen dan cekodok atau lempeng. Bila dah jam 10 pagi cekodok atau lempeng dah keras selera pun dah tak mau,duit 10sen tu beli air dan kuih seketul.
Bila balik jam 12.30 tgh, cubalah anda bayangkan jalan kaki 15 kilometer maka sampai kerumah sehabis awal jam 4.00 petang.
Lapar?
Jangan ceritalah laparnya, Di kiri kanan jalan kampung banyak pokok cenderai dan pokok buah hutan. Semua buah hutan saya dah rasa,
Minum? iye ada sebuah perigi yang lama di punyai oleh seorang yang tinggal di simpang jalan nak masuk kekampung saya.
Kami mium air perigi itu pakai timba sahaja sehingga kenyang. Dan sebelum sampai rumah mandi sungai dulu.
Inilah kehidupan di masa dulu, tiada kemudahan dan tiada kenal letih,jemu dan tidak kenal erti tidak mahu kesekolah.Tapi anak anak hari ini ibuayah bagi duit banyak, hantar kesekolah dgn kereta, makanan berlebih lebihan dan hidup penuh dengan selesa.
Tapi tak mahu kesekolah dan pagi tadi saya ke sebuah siber cafe pada jam 6.45 pagi, saya lihat hampir 20 pelajar sekolah yang pakai seragam sekolah masuk ke sibercafe dan bila keluar dah tukar baju lain dan melayari internet sesuaka hati.Manakala kedengaran pula mereka mencarut carut dan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya mereka keluarkan.Siapa yang bersalah? ibubapa yg memberi kemewahankah? sekarang ini anak anak sudah diambang kehancuran jika tidak di beri perhatian lebih.
No comments:
Post a Comment