Sunday, March 15, 2009

Hand Phone Milik Anak


Handphone adalah satu keperluan yang perlu dimiliki oleh semua orang. Tidak kiralah anak-anak sekolah rendah, apatah lagi pelajar sekolah menengah dan lagi-lagi pelajar yang sudah remaja/belia. Ianya akan menjadi keganjilan jika remaja/belia pada zaman kini tidak memiliki handphone. Kalau kita bertanya pada seseorang, 'apa nombor hand phone anta? ' ana tidak ada handphonelah".Mana ada org jawab macam tu sekarang. Tidak pernah saya fikirkan ialah budak tadika sudah berhand phone, ya Allah canggihnya dunia perhubungan sekarang. Ya! bila makin canggih perhubungan sekarang, maka bertambah canggihlah kehidupan.



Berkenaan dengan cerita hand phone ini, saya mengalami masalah dengan pengunaan hand phone. Pertama sekali, saya hanya tahu guna handphone untuk buat call, terima call dan kadang kala baca massage; itu pun kalau rajin buka. Selebihnya saya tidak tahu pengunaanya dan saya rasa ianya tidak perlu walaupun ada berbagai function. Contohlah kalau saya mahu tengok kelender, maka saya akan guna kelender yg manual iaitu kelender kuda yg tarikh lengkap dgn tahun masehi dan hijrah serta tarikh cuti sekolah dan cuti am sekali. Andainya saya mahu tengok masa, maka saya akan tengok jam. Jikalau saya mahu ambil gambar, maka saya akan guna kemera.

Namun masalah yang tidak pernah2 selesai ialah menulis message.Ya! Sehingga kini! . Walaupun saya mahir menggunakan komputer, namun untuk menulis massage tidak sama sekali..




Perkara yang berikutnya, saya sering kehilangan hand phone dan salah letak handphone. Kehilangan handphone ini bukan sebab apa, ianya kerana saya ada 4 anak teruna yg sedang meningkat remaja iatu yg berumur 22 tahun,19 tahun,18 tahun dan 15 tahun. Akan menjadi kemestian bagi saya untuk menghadiahkan kesemua anak-anak ini hand phone selepas mereka ambil SPM. Namun kadang kala mereka tidak sabar mahu tunggu habis SPM, tingkatan 3 lagi dah mahu pakai hand phone, jadi kalau tidak di beri ... hand phone saya yg jadi mangsanya.


Kadang kala tu cari hand phone seluruh rumah takut salah letak, rupanya bila call ada org jawab dan mengaku dia pegang hand phone. Kalau anda macam saya apa mahu buat ya? Kadang kala itu ada org mahu bercakap dgn kita, tiba-tiba hand phone kita org lain jawab. Jadi tentulah org akan kata kita ni takut nak jawab panggilan dan suruh org lain jawab. Maka akan timbullah sangka buruk org terhadap kita.

Saya terpaksa membeli handphone baru setiap 3 bulan sekali. Bukannya apa, anak-anak akan ambil kemudian hilang, rosak dan akhirnya saya terpakslah beli yg lain pula. Sekarang ini saya beli handphone yg paling murah di pasaran supaya mereka ini tidak berminat lagi untuk mengunakanya. Tapi, yang ini mereka pakai juga..alasannya hand phone dia tidak ada credit dan saya menggunakan bill.

Handphone ini yang perlu saya pakai mungkin !!!

1 comment:

  1. memang anak-anak jaman skrg beda dgn jaman kita dulu, jaman skrg masih kecil udah mengenal teknology handphone

    ReplyDelete