Tuesday, July 28, 2009

Ya Allah Rahmati kami

Foto : Ini orang yang bernama Salman al Farisi.Meyapu sampah kat Surau orang Asli di Kg Merbau.

Tadi anak saya dari Kuantan call, dia suruh saya call balik,. saya kata "tunggu jap, mak ada hal", selepas habis urusan saya maka saya call dia, lama baru dia angkat dan saya tengok SMS darinya, tapi saya call juga, saya tanya dia " bang cik nak apa? nak duit ke?" " tak, kita nak minta mak doakan kita, sebab sekejap lagi kita ada ujian lisan BM, BI,BA,P.Q.S" "Ok sayang, mak doakan yang terbaik buat bang cik, tapi bang cik jawap betul betul ye" "OK, bye mak"

Maka dalam perjalanan balik ke pejabat saya di Jalan Reko saya singgah sebentar di Masjid Jamek Pekan Kajang dan saya solat Dhuha dan solat sunat untuk bang cik dan juga untuk putera puteri saya yang tersayang yang berada di mana jua.

Foto : Inilah rupanya budak budak yang baik, kadangkala tu boleh tahan juga perangai mereka nakalnya. Bertudung merah Ummu Sakinah kini berusia 21 thn,bertudung hitam Ummu Solehah berumur 23 thn, yang pakai kopiah tu Mohd Thoriq berusia 22 yang pakai T-Shirt putih tu Awang berusia 20 thn, yang berbaju biru Salman al Farisi berusia 18 thn dan budak perempuan yg tak bertudung tu Ummu Jannah berusia 14 thn (Tiada dalam gambar ni Ammar yang berusia 15 thn)

Maka dalam hal begini saya kadang kadang terfikir juga, bahawa anak yang sedikit degil dan tak tau duduk diam seperti Salman ni dia mempunyai minda yang sangat kretif dan berdaya fikir yang tinggi dan ingatan yang smart. Seingat saya setiap kali dia nak pekse dia akan SMS dan call saya untuk minta doakanya. Dan setiap kali dia minta doa saya tak akan hampkanya dan saya usahakan untuk cari surau, masjid atau di rumah sekalipun saya akan solat sunat 2 rakaat untuknya dan saya sebut namanya dan saya minta pada Allah agar setiap apa yang Salman lakukan akan di rahmati dan di berkati oleh Allah.

Sebenarnya ikatan "doa" antara insan yang mempunyai pertalian darah yang kukuh itu adalah satu perkara yang tidak boleh di sangkal oleh sesiapa pun, terutama insan yg bergelar "IBU". Jika seorang ibu mahukan anaknya jadi soleh dan solehah apalah salahnya kita doakanya dan sebut namanya dan bila bertemu denganya kita belai kepalanya dan cium ubun ubun dan tepok bahunya dan pandang wajahnya.

Seorang insan yang bernama IBU jangan sekali kali menampakan satu keperibadian yang jelek di depan anak anak seperti memaki hamun orang, mencemuh orang dan menghalau orang. Saya teringat sebuah kisah bagaimana seorang bapa telah menghalau seorang pekerjanya yang salah membuat kerja di depan anak anaknya, bila anaknya besar akhirnya sikap bapa itu telah di warisi oleh anaknya itu dengan menghalau orang gajinya dari rumah dengan caci maki.

Seorang ibu mestilah memiliki keperibadian yang indah dan jangan suka bermuka muka. Kalau Ibunya hebat dan tabah anak anak akan sering memperkata tentang ibunya dan dia meletakan ibunya sebagai ratu di hatinya, baginya ibu adalah pelengkap kehidupan dan penguat semangat dalam hidupnya.

Oleh itu orang yang bernama ibu mesti bersifat "hebat" seperti Ibu saya Midah bte Awang dan Temah binti Melah. Inilah insan yang paling hebat yang pernah saya temui. Tiada gusar di hatinya dan tiada resah di wajahnya di dalam mendidik anak anaknya.

Doaku buat Salman Al Farisi, Jadilah orang beriman, bertakwa dan beramal. Jadilah insan yang berilmu dan matang dalam menempuh sebuah kehidupan. Selamat maju jaya!

1 comment: