Thursday, May 19, 2011

WAKAF KOMPUTER


Baru baru ni Madarasah Darul Tahfiz Sri al Ain telah menubuhkan AJK kerja/penaja.Alhamdulilah semua latikan adalah di atas kemampuan masing masing.Insyallah misi Darul Tahfiz ini masih terlalu awal jika mahu di perkatakan dan masih terlalu banyak kekuranganya.Aku sebagai peneraju Darul Tahfiz ni semenjak sebelum tsunami di Acheh lagi ingin membawa misi Darul Tahfiz gemilang di mata dunia.

Walaupun begitu perjalanan kami amat perlahan, ini perlukan satu dukungan dari semua pihak, kami tidak mampu berdiri jika tiada papahan dari pihak tuan dan puan.

Antara aktiviti yg ingin aku ketengahkan pada masa ini ilah JIHAD PENDIDIKAN ASIA, nama program ini memanglah gah..tp perjalanaya terlalu lambat...banyak harapan dari org ramai untuk mengetahui apakah yg dimaksudkan dengan JPA.

Aku kadangkala ingin juga berkongsi citarasa ni dengan ramai org tapi seramai mana org mau ikut serta didlm misi ini?

Kenapa program ini ada perkataan "JIHAD", perkataan ini adalah ibarat seperti kata kata keramat bagi menguatkan jiwa dan semangat org yg menyertai team ini.Sebahagian dari aktiviti Darul tahfiz ini ialah menubuhkan sekolah untuk anak anak miskin dan yg kurang mampu, yg dtg dari negara ke tiga.

Kenapa tidak anak Malaysia?

anak anak Malaysia adalah anak yg pendidikan telah mantap Kerajan telah sediakan dengan berbagai bagai kemajuan dan penuh kecanggihan disamping suasana negara yang aman, kehidupan rakyaatnya yg dah mewah disamping susunan hidup yg stabil.

Jd mereka ini boleh belajar di mana sahaja mengikut citarasa mereka dan keluraga mereka.Tidak seperti anak anak miskin yg berasal dari Kemboja, Loas,Thailand, Moro, kehidupan mereka di himpit derita dan peluang belajar mereka terlalu sempit.Manakala agama Islam yg berada di negara mereka seperti "telur di hujung tanduk"jika tidak diselamatkan maka bila bila masa sahaja akan pupus.

Didalam rangka penubuhan ini kami yg menjadi meneraju didalam agenda pendidikan anak anak Kemboja di darul tahfiz ini telah melantik beberapa org AJK yg berwibawa.

Didalam misi yang berikut ini kami di Darul Tahfiz ini selain dari belajar Agama, al Quran, hadis dan akademik pihak kami ingin membuka laluan minda anak anak yg belajar di Darul Tahfiz ini untuk mengajar mereka kemahiran, contohnya kemahiran mengunakan kumputer.

Kalau anak anak di Malaysia komputer adalah perkara biasa dan lumrah malah mereka lebih mahir dan berpengetahuan luas .Tp untuk anak anak yg datang dari Kemboja ini bagi mereka komputer ini adalah sesuatu benda yg baru dan mereka terlalu ingin utuk mengetahuinya walaupn setakat belajar menaip sahaja.

Di madarasah ini ada beberapa buah kumputer yg di wakafkan oleh sebuah syarikat penerbitan dua thn lepas, tp komputernya dah rosak dan alatan untuk merepairnya terlalu mahal malah lebih mahal dari membeli komputer baru.

Tp untuk menyuntik semangat mereka aku terpaksa jugalah letakan kumputer yg rosak tu didepan mata mereka sebagai langkah aku ni ada usaha utk memberi mereka ini pendidikan asas komputer.

Aku pernah juga ada usaha membaikinya, hanya boleh buka aje, tp tak keluar apa apa.Nampaknya komputer wakaf yg ada sekarang ni langsung tak boleh hidup, hanya sebagai hiasan sahaja.

Kadangkala aku kesian jugak bila tengok budak budak ni menekan nekan keyboard tu..agaknya terlalu ingin sgt belajar benda yg baru.

Kepada sesiapa yg terbaca blog aku ni jika ada lebihan kumputer di pejabat atau di rumah yg mana kumputer dah tak pakai lagi, sebab nak ganti dgn kumputer yg canggih , maka kami disini harap dptlah hantar ketempat kami ni.

Biarlah barang tu dpt dimanafaatkan oleh mereka ini, semoga apa yg mereka belajar ini boleh membawa kearah kebaikan.

Pada kesempatan ini aku ingin merakamkan penghargaan kepada sukarelawan yg turut membantu madarasah Darul Tahfiz Sri al Ain ini seperti berikut

1 Tuan Hj Wahab Yusuf Pengarah Urusan TB Sdn Bhd yg tidak pernah lupa menyumbang makan bulanan didlm kadar cukup dan memuaskan, dia tidak memberi barang buruk atau barang yg dia sendiri tak pakai, aku angkat tabik pada tuan haji ni..semoga usahanya ini akan di berkati Allah.
2 Ustaz Hashim Ahmad yg sering meyumbang duit zakatnya
3 DHMZ yg sentiasa menunjuk ajar anak anak ini 24 jam, 7 hari seminggu tanpa rasa letih,lesu dan kadangkala sakit pun dia tetap bersama anak anak Kemboja ini
4 Anak anaknya Ummu Solehah, Ummu Sakinah,Ummu Jannah yg sentiasa mentarbiah dan membimbing mereka ini serta bang cik yg berada di Mesir sana kalau dia balik bercuti tugasan dan bebenan Darul tahfiz ini tersadang di bahunya .Malah Solehah merupa meneraju utama telah aku amanatkan jika apa berlaku atas aku.
5 Mohd Thoriq yg mula berjinak jinak walaupun dia sibuk, tp dia ada minat
6 Cik gu Fatahiyyah yg aku sendiri tak mampu nak balas budinya itu, dtg dari jauh mengajar anak anak ini bahasa melayu dan kadangkala masak kuih, bawa kuih inilah contoh guru hebat...bukan duit ukuranya dan aku harap dia akan terus berganding bahu dgn Darul Tahfiz
7 Cikgu Matt Fauzi Edison seorg anak muda yg berusia 21 thn ,anak seorang pensyarah Uniten tinggal di Bangi dan berkawan dengan anakndaku Awang , anakmuda keturunan mat Saleh ni mempunyai semangat kemanusiaan yg tinggi, aku kagumlah dgn "perjuanganya".Mana ada anak muda yg sebayanya mau bekerja dan dtg dari jauh di Bangi sana kalau tak ade RM 40 tk boleh sampai ke Damansra Prima ni semata mata utk menyumbang tenaga mengajar Bahasa Inggeris secara tetap pd setiap hari selasa atau Ahad tanpa sesen pun aku mengupahnya.
8 AJK baru iaitu Irfan Soleh graduan dari UIA anakangkatku yg berasal dari indonesia ini rajin memberi idea ,En Syahmmudin Ibrahim katanya seorng jurutera (aku pun tak tahu apa pekerjaanya) yg sering menjenguk anak anak ini dgn membawa buahtangan serta menyumbang bantuan kewangan tanpa rasa jemu, En Syukri partner Thoriq yg rajin membawa anak anak ini menaiki kereta kancil hantar solat jumaat,En Aziz Jaman sebagai biro Antarabangsa yg merupa sukarelawan veteran .Dan pada hari ini kami telah menerima seorg guru yg bernama Yusof keturunan China mengajar secara sepenuh masa.

Misi aku yg seterusnya ialah untuk membina sebuah komplek pendidikan di atas sebidang tanah wakaf di Kg Bak Bak Maran Phg, di komplek tu yg pertama sekali yg akan ku bina ialah sebauh masjid dan seterusnya sekolah serta penginapan kakitangan.Aku ingin tempat ini biarlah ribuan budak budak dtg belajar.

Doakanlah semoga usaha ini berjaya.

Di sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih yg tak terhingga kepada mereka yg tidak dpt aku sebut namanya satu persatu yg sentiasa menyumbang duit, buku, quran dan apa sahaja untuk mereka ini.

Aku harap Darul tahfiz ini akan cepat berkembang dan melebarkan sayapnya ke Kemboja utk menyenangkan anak anak di sana belajar.

Untuk mengutip dana pembangunan Darul tahfiz ini aku bercadang untuk mengadakan "Family Day Darul Tahfiz Sri al Ain " di Pulau Pangkor pada 9 -10 Julai 2011.Perkara ini belum di bawa ke mesyuarat lagi, tp ini adalah cadangan dan usulan, aku harap semua AJK bersetuju.

Insyallah pada 28hb Mei 2011 (Sabtu) jam 5.00 ptg di Madarash Darul Tahfiz Sri al Ain di Prima Damansara satu mesyuarat akan di adakan utk membincangkan kurikulum,ko-kurikulum dan perkembangan semasa.

1 comment:

  1. Mcmmana nak hubungi puan? Kalau boleh hubungi saya di nurol_emr@yahoo.com
    Tq

    ReplyDelete