Friday, May 20, 2011

HARI MENGENANG PERISTIWA

Foto : Sebuah sekolah di Vietnam...tak tahulah apa nak cakap dan ucapkan,mampukah Islam bertahan didalam susana yg begitu daif begini? sedangkan ada org yg berharta dan kaya tidak mahu membantu pendidikan untuk agamanya.

Foto : Siapakah mereka ini? Generasi yg akan meneraju negaranya...sedih dan sungguh menyedihkan...tiada apa apa yg boleh di banggakan...semuanya daif,terbiar tp mereka tetap tersenyum.

Hari ini 21hb Mei 2011 di Kemboja di kenali dengan sebutan "hari rumleqkhub" payah lidah ni menyebutnya.

Pagi tadi Soleha masuk kelas mengajar anak murid Kembojanya, mereka minta pinjam passport..ingatkan nak buat apa,katanya nak tengok tarikh lahirnya.

Oh indahnya hidup ini miskin dengan cara miskinnya, kata Jazak hari ini hari mengenang.

Maksudnya ialah semua ahli keluarga datang kerumah ibubapanya atau saudara yg di utamakan, mereka datang bawa makanan dan bercerita peristiwa yg telah berlalu setahun itu..tak kiralah peristiwa sedih mahupun gembira.

Kalau yang org kaya pula katanya akan buat macam kendurilah atau makan besar besar dengan pakaian yg cantik.

Bila budaya Kemboja ni dah masuk ke Madarasah Darul Tahfiz Sri al Ain ini maka aku pun akan merayakan jugak bersama sama dengan mereka, malam ni lepas magrib aku berjanji nak belikan kek dan mereka akan masak masak sambil mereka bercerita tentang peristiwa di kampung lamanya.Jemput datang sesiapa yg ingin mencurahkan cete selama setahun ni.

Aku sedih dengan keletah budak budak ni, terutama Fahrin selalu sebut " saya sayang Ibu" entahlah aku pun tak tau mahu meluahkan rasa kasih dan sayang aku pd anak anak ini.

Aku amat teruja dengan mereka, semalam ustaznya dari Kemboja telah dtg, ziarah mereka namanya Ustaz Kadir, dia ada 3buah sekolah di Kemboja dengan ratus pelajar, Ustaznya mempunyai peribadi yg sangat tinggi, sepanjang sehari semalam dgn anak muridnya ustaznya tidak berenggan langsung dgn anak muridnya.

Mula sampai saja mereka jalan jalan pusing pusing Damansara Prima sambil minum petang, lepas tu ustaznya masak makanan Kemboja utk anak muridnya dan tido sama sama,ada urut badan ustaznya, ada picit kepala ustaznya dan bila pagi sarapan sama sama.Aku lihat satu yg luarbiasa yg di terapkan oleh gurunya ini terhadap anak muridnya.Patutlah anak muridnya berakhlak bagus rupanya gurunya berakhlak bagus.

Ha bagaimana dengan anak murid kita di Malaysia ni ye....belum lagi ya

No comments:

Post a Comment