Wednesday, May 18, 2011

Anak China & Anak Kemboja

Foto : Mutia seorg yg istimewa bagi aku.Kalau di Acheh aku sering bersiar siar dgn mutia menaiki motorsikal.

Aku ni bukanlah tergolong didlm org kaya,berada dan mewah...tp aku memiliki sebahagaian dari kenikmatan Allah yg tiada taranya iaitu "kebahagiaan"..bahagia di hati.

Aku jarang menghadapi situasi susah hati, muka meronyok atau muka bekerut.Agaknya latihan dari kecik dah gitu, ayahku perantau dari Negeri Sembilan berkhawin dengan emak aku org Pahang.

Teringat ayah selalu cete dia kata masa dia merantau tu dia hanya bawa RM15 shj duit, kompas tembaga yg dia dpt hadiah masa dia keje dgn org putih...kompas tu amat berharga baginya kerana dia seorg jurusukat tanah, sepasang baju dan itulah yg dia ada.

Ayah berjalan dari satu dearah kesatu daerah hinggalah sampai kesatu kampung namanya Chenor dan dia pun menyemberanglah Sg Pahang tumpang perahu org.

Bila dia menyemberang sampailah di satu kampung namanya Pesagi, bila sampai ke Pesagi dia kehabisan duit lalu menumpang di sebuah surau di situ dan berdekatan dengan surau itu ada sebuah rumah...bolehlah dikata rumah org yang berada jugak lah (keluarga sebelah mak).

Lama jugak ayah bermastautin di suaru itu dia cari kerja di Kampung itu kadangkala ambil upah menebas, ambil upah menoreh..semua kerje kampung utk menampung hidupnya. Agaknya Ayah ni rajin maka dptlah menghimpun duit .

Dia menyebarkan jugak pada org kampung dia pandai menyukat tanah.Maka kepandaianya telah di guna pakai oleh org kampung itu.

Rupanya di dalam masa tinggal di surau itu ayah berkenan dgn seorg wanita yg berada didalm rumah sebelah surau itu, ialah org zaman dulu, bila dah berkenan tu ayah cuba meminang dan waktu itu ayah aku ni blhlah dikata hensem jugaklah kerana keturunanya ada darah china dan campur dgn Indonesia ,maka berkenanlah wanita itu, akhirnya mereka pun hiduplah sebagai suami isteri.

Itulah sepintas lalu sejarah ayah dan ibuku...Tp hari ini aku nak cete sikit bab org China ni..di ketika ini aku ada 2 org anak angkat china, kedua duanya lelaki dan kedua duanya mualaf dan kedua duanya berusia 21 thn dan kedua duanya panggil aku "ummi" dan panggil kekandaku "abuya" dan kedua duanya biasa tinggal di rumah aku berhari hari bermalam malam.

Dah macam Thoriq, Awang,Salman dan Abot pulak.

Yg bezanya yg bernama Adam ni memang china kaki bisnes...cakap sikit bisnes..cakap sikit bisnes yg aku ni bukanlah faham sgt tentang bisnes ni..bila jumpa sahaja adam ni mesti nak cete pasal bisnes..layan jugaklah, dah anak nak tak nak mesti layan.

Yg seorg lagi namanya Yusof...ha ni lain sikit..Solehah beri gelaran kat dia "Murobi" dia masuk Islam di masa tingkatan 4 di pusat sumber sekolahnya, lepas habis SPM dia sambung belajar di Kipsas dan ambil bidang syariah...eeeh aku pun kagumlah dgn budak macam ni dan pada ketika ini dia hafal banyak surah didlm Quran, hafal banyak hadis dan boleh berdebat dgnya bab Islam, dia belajar kitab dan ada bersanab, boleh bercakap dlm bahasa Arab...baru 5thn peluk Islam..tp dah macam bertahun tahun,tp yg sedihnya mak bapaknya serta adik beradiknya tak tau dia Islam, dugaan baginya? anak kita org Islam keturunan tak mampu semua itu.

Yusof ni org sgt berhemah...dan kalau bercakp dgnya senyum dulu baru bercakap dan pada ketika ini dia telah bekerja mengajar anak anak Kemboja di Madarasah Darul Tahfiz Sri al Ain..dia kata mahu berkhidmat untuk mengembang ilmu Islam, pakai jubah mengajar..masyallah.

Yusof bercakap tidak pelat macam Adam.Jadi bila dia mengajar tu org tak tau pun dia ni China kalau tak tengok mukanya.

Aku kagum peribadi Yusof kerana dia sgt prihatin dan berdisplin tinggi..mungkinlah sbb dia org China, org kata org China terkenal dgn displin betul lah agaknya.

Dia mempunya daya kemanusiaan yg tinggi

Kalau di Acheh tu pengurus rumah anak yatim di sana namanya "mutia" memang hebat, sanggup sapu ubat kurap, panau, kayap dan kudis yg nannahnya yg meleleh dgn tanganya sendiri ke anak anak yatim tu...dan bersekang mata menunggu budak budak yg demam ..menyuapkan bubur kemulut budak budak dan macam macam lagi.

Aku rasakan Allah turunkan seorg bidadari dari syurga yg akhlaknya terlalu mulia dan indah, mutia mengasuh anak anak bukan dari darah dagingnya melebihi dari segala galanya..aku tak terbalas budinya walaupun segunung intan, semoga hidup mutia di berkati Allah.

Tp hari ni aku jumpa lagi org yg sehebat itu yg solehah mengelarnya "murobi" tu...Yusof lepas mengajar...memasakan budak budak tu, ajar budak mengemas, kejutkan budak dari tido , suapkan ubat kemulut anak muridnya (anak Kemboja) kemulutnya walaupun usia anak muridnya dah 19 thn, makan setalam dgn anak muridnya...akupun kalah...rupanya di dunia ni selain dari ada org yg jahat rupanya ada org mirip sifat malaikat dan baik budinya.

Allah turunkan org baik baik ni adalah untuk membantu org susah dan org susah ni doanya di makbulkan...ialah org susah ni duit tak ade, harta tak ade, saudara tak ade...yg ade org yg baik macam mutia, macam yusof nilah.

Aku berdoa biarlah Yusof dan Mutia ni terus dapt bersama sama dgn aku yg lemah ini, kerana aku tak sehebat mereka. Semoga Allah merahmati hidup mereka.

Hari ni aku cadang nak beli tilam dan selimut utk Yusof keran dia dtg tak bawa apa apa dan dia minta pada aku sebuah rak buku...insyallah kalau aku ada duit lebih aku belikan , kalau tidak aku nak suruh anak muridnya buat rak buku dari kayu terbuang di tempat binaan itu.

Semoga mereka semua di rahmati Allah.

No comments:

Post a Comment