Saturday, May 28, 2011

MAKAN UBAT


Seingat akulah dari aku usia masih kecik kecik lagi, kalau demam mak bagi ubat cap kaki tiga, mungkin ada yg tak kenal dgn ubat ni.Ubat ni harganya sgt murah kalau dulu harganya 10 sen sebungkus, tp hari ni dah 40 sen sebungkus.

Lepas makan kena selimut lepas tu keluar peluh dan kalau dah kebah demam tu rasa satu kampung boleh rayau main main dgn kawan kawan.Tp hari ni kalau demam aku masih gitu jugak, walaupun dah berusia ni, aku tak pandai nak makan ubat kelinik yg katanya ada ubat tahan sakitlah, ubat demamlah, ubat sakit perutlah dan macam macam jenis ubat dan macam jenis warna...takut aku tengok.

Kalau zaman dulu kalau sakit perut atau kembong gosoknya pakai minyak gas atau minyak tanah aje...5 minit lepas tu eloklah, tp hari ni ubat sakit perut aje macam macam jenis,kembung lain ubatnya,bisa perut lain ubatnya, cacing kerawit lain ubatnya,gastrik lain ubatnya.

Dan satu yg plg aku takut ialah bila aku tengok org bersalin di hospital, bila lepas beranak aje doktor suntik ubat tahan dari darah dari keluar, lepas tu bagi makan ubat aku kira macam macam jenis ubat yg dia bagi...sampai sesudu besar, ada ubat tahan sakit, ubat tahan darah, bermacam jenis dan ada ubat yg memboleh org lepas beranak makanan apa saja makanan yg dia ingin, kalau kat kampung lepas beranak terus pantang tak boleh makan telur,ikan cencaru,ikan sadin.Kalau makan juga adalah akibatnya.Tp kalau hospital anda selamat, sebab ada ubatnya

Tp aku beranak tak pernah gitu, sebab bersalin kat umah aje...macam org kampung zaman batu aje ha..ha..ha..ingat anak Shamsiah Fakeh cerita pengalaman ibunya seorang komunis yg melahirkan anak di dalam hutan, 5 hari lepas beranak dah boleh berjalan rata didalam hutan dan ubatnya akar kayu dan daun aje.

Tp hari ini org berubat cukup hebat...cakap aje peyakit ape pasti ada ubatnya.Kadang kala itu di suruhnya makan ubat sampai seminggu dan kalau tak elok pergi jumpa doktor di hospital.

Sebenarnya tak payah macam tu...jaga kesihatan, banyak hidup dgn aktiviti bergerak dan kurang makan yg mengandungi kolestrol dan makanan yg merosak tubuh badan, pasti badan kalau sakit tak payah telan macam macam ubat.

No comments:

Post a Comment