Friday, May 13, 2011

SAHAM YG MENJUNAM


"saham" apakah yg dimaksudkan dgn istilah ini? kalau mengikut kata org macam aku ni atau org biasa, saham ini adalah benda yg berharga spt harta, kewangan, sijil yg bernilai dgn duit mengikut harga semasa dan banyak lagilah istilah saham ini.

Wanita pun dianggap sebagai saham juga, kalau wanita murahan tu maknanya wanita itu memiliki dirinya dgn kadar yg tidak bernilai.Mau ke ibubapa yg ada anak perempuan, tp anak perempuan dah tak bernilai dari segi moralnya.Sebenarnya aku bukan berleter sgt...tp sgt geram.

Di saat aku menulis ni jam dah menunjukan 1.45pg..panas tak boleh tido bila dengar kat luar pagar ada suara budak perempuan didalam bingitan suara muzik dari radionya...cakap kuat kuat mengarahkan beberapa budak lelaki yg sebaya dgnya.

Biadap betul perangai budak perempuan ni, katanya belajar di Kolej swasta, tp yg peliknya pakai kereta...tak kisah kereta apa, pakai blackberry, pakai kamera mahal dan pakaian pula berjenama dan satu lagi selalu makan tempat mahal mahal.

Anak sape ni ye....umur sekitar 21 dan 22 thn, sering ikut org lelaki keluar mlm.Mana makbapaknya? tak tau ke apa yg anak perempuanya buat?aku pulak yg risau tengoknya.

Ini pernah terjadi pd jiran aku jugak...cetenya lebihkurang macam nilah,
Ada seorg gadis ni dtg dari kampung lepasan belajar..cari punya cari kerja dptlah jawatan kerani di sebuah tempat di KL ni...asalnya baiklah pakai tudung, baju kurung..bila masuk bulan kedua dah dpt gaji bln pertama mulakah tukar fesyen, makeup pun bagi meyerlah sikit.

Budak perempuan ni adalah rupa sikit....bila dah lama sikit tudungpun dah tanggal dan baju kurung diganti dgn baju sendat dan mula bonceng motor org lelaki dan keluar malam.

Bila bulan berganti dia pun ramailah kenalan dan antara kenalanya ialah seorg artis

ialah artislah katakan siang seperti mlm, dan mlm seperti siang, dlm masa berkenalan tu dia rasa ada kelainan pd dirinya...bila rutin bulanan dah tak dtg mulalah di mengelabah.

Balik kampung ngadu kat ibubapanya yg kononya artis tu buatnya hinggakan dia termengandung 4bln. Bila bapaknya dengar artis gelemer tu...satu van dari kampung di utara sana cari artis tu.

Jumpalah dgn artis tu...mula mula bapaknya minta artis tu bertanggungjawab,apa lagi melentinglah artis tu dan artis tu mula bongkar rahsia tentang budak perempuan tu.Maka bermulalah episod cari siapa yg buat anaknya, semua tak mengaku.

Akhirnya bila bapaknya dah bosan, maka bawalah balik anak perempuanya dan tunggu ajelah kelahiran cucu haram.

Bukanya apa, kalau mahu lepaskan anak bekerja atau belajar zaman ini bagi mantapkan ilmu agamanya dulu, belajar bab halal dan haram serta jangan buat perkara yg tidak patut seorg gadis lakukan iaiatu ikut budak jantan keluar malam. Ni aku lihat budak perempuan ni jam 3 atau 4 pg tak balik lagi...hantu betulah budak ni.

Iyelah seperti budak perempuan ni...diusung oleh budak budak lelaki siang dan malam.

Tlglah wahai makbapak yg punya anak ini...ambil perhatian sebelum terlambat, sebelum En dan Puan mendapat cucu haram nanti.

No comments:

Post a Comment