Tuesday, May 17, 2011

KENA BISING


Sebenarnya aku malas nak umpat kaum sejenis aku..tapi aku tak boleh tahan jugak, baru baru ni aku tunggu org sakit kat hospital selama 2 hari 1 mlm, tiap waktu solat gi surau yg terletak bersebelahan dgn wad 4A tu.

Aku bilang telekung banyak...macam macam warna ada, dan macam sulam ada, cantik cantik pulak tu, tp yg paling aku tak berkenan ni bau telekong ni busuk..bau air basi ada, bau hanyir ada, bau daki ada,bau nanah telinga ada, bau tahi gigi ada dan dah tu ada palit palit hingus kuning kuning cair...geli geleman aku nak guna..aku rasa solat aku subuh tu memanglah macam tak iklas, aku sungguh takut apa yg hati aku bisikan selama aku solat subuh tu, ini akan membuatkan Allah marah dan aku rasa berdosa sebab sepanjang solat tu hidung aku terhidu bauan yg pekat dan hati aku tak tumpu pd solat...sebab aku rasa mau cepat habis kerana mahu tanggalkan telekung tu.

Cubalah anda bayangkan...mak dan cik cleaner hampir 80 persen org Islam, keje mengmop lantai aje ,bawak baldi, penyapu, air pencuci lantai dan mop.

Yg dia tahu cuci lantai, tp tak ade arahan suruh basuh telekung. Sepatutnya tugasan pencuci tu cubalah di rangkungkan sekali dan tulis dlm perjanjian tu..basuh telekung di surau hospital wad 4A seminggu sekali, basuh sejadah...

semua org didunia ni tahu yg jadi misi ke, doktor ke ramai org perempuan, kalau dah negara Islam macam Malaysia ni tentulah misi misi dan doktornya yg beragama Islam tu solat.

Eeee macamana mereka sembahyang pakai telekong yg hapak tu ye?

Aku tulis ni bukan nak cuit sesiapa, tp rasa geram jugak sebab aku tengok clener tu bila dah terlampau ramai dia buat keje pun ala kadar aje..banyak duduk dari bekerja, iyelah kalau mop lantai pun 2 kali aje, pagi sekali dan masa nak balik sekali yg selebihnya tu dia duduk nyorok nyorok tepi longkang, tepi tandas borak borak pasal keluarganya.

Ingat masa aku ke Medan dulu...di masjidraya medan aku solatlah kat situ...memanglah telekung tak boleh pakai punya...ni aku rasa kalau di rendam dgn clorox sampai reput pun dakinya tak akan tanggal, sebab apa? iyelah sebab daki tu dah jadi benang.

Aku ni pandai cakap aje dan pandai tulis aje..buatnya tak mampu...nantilah aku nak bawak sukarelawan satu bas, minta pihak sabun sponsor sabun dan berus aku nak jalan satu minggu dari utara hingga keselatan nak ajar dan ajak sukarelawan bersihkan pakaian ibadah org Islam ni.

Malu kat pelancung....dahlah Malaysia ni terkenal di mata dunia sebagai negara Islam, bila nak solat kat surau aje..tengok telekong aje.....lansung cete org Malaysia adalah org yg pengotor, ingat ye perkara ni akan tersebar.

Ni bini datok najib tu kena ambil kira juga...kadangkala benda yg kecik nilah akan jadi besar.

Sepatutnya buat kempen bini bini menteri, penyanyi tersohor atau wanita jutawan ni turun ke surau atau masjid lihat apa benda org bawahan yg macam aku ni cakap...baru Malaysia dilambangkan negara bersih, aman dan gemilang.

1 comment:

  1. Salam puan, sebenarnya saya ada seorang sahabat yang mmg rajin mengambil telekong2 di surau di salah sebuah shopping complex utk dicuci. Siap ganti lagi telekong yang diambil sementara telekong surau dicuci. Rasanya kita org awam sama samalah tengokkan tempat solat tu. Mudahnya raih pahala kan.

    ReplyDelete