Monday, May 23, 2011

HARGA KITAB.


Baru baru ini aku didatangi oleh seorang wanita yg berusia lebih kurang 62thn gitu, dah pencen, dulu kerjanya bolehlah tahan besarnya..dah berkali kali jugaklah dia dtg mungkinlah nak berjinak jinak dengan aktiviti kemanusiaan.

Kali pertama dia datang dulu bila ku cete tentang kesusahan anak anak Kemboja ni dia menagis..."hu..hu...hu kesian ye bang budak budak ni, barang yg tak pakai kat umah kita tu banyak yg dah tak guna" dlm sedu sedan tu dia masih ingat nak bagi barang yg tak guna, pas tu laki dia balas " iye lah yang...tp kita nak angkut naik ape, barangnya banyak" kata lakinya sambil memegang bahu bini yg tengah sedu sedan tu.

Aku tak mahu tunggu bininya jawab, aku yg tlg jawabkan "tuan dan puan tak payah bawak barang tu kesini, hantar aje ketempat pelupusan sampah, saya disini pakai barang baru aje, lagi pun madarasah saya tak ade tempat" aku kata dlm keadaan yg sgt geram "oooh ye ke puan Rusnah, oklah..kalau gitu kami bagi duit ajelah"kata lakinya.

Ha..begini adat org kita, asal dengar madarasah aje macam dah senonin dgn barang buruk, apa dia ingat aku pengutip sampah ke?

Oklah itu cete penyumbang barang buruk yg bertaraf 3 bintang,sebab apa aku kata 3 bintang sbb dia ni org ada pelajaran..tp pikir macam org kurang belajar.

sekarang ni aku nak cete tentang anakangkatku yang keberapa aku pun dah tak terbilang bilang dah, tapi dia ni namanya Rusdi, kakinya cacat sebelah kena jerangkap Pol-Pot di yg ditanam di Kampungnya.Ketika kena jerangkap samar dulu usianya 4 thn, kakinya di potong hingga ke lutut...dah lah tu ibunya miskin pulak, kerje kampung tanam ubi.

Oleh kerana didlm keluarganya dia adalah anak lelaki tungaal maka ibu dan bapanya ingin melihat anaknya berjaya di dunia dan akhirat. Maka dia pun di hantarlah ke Madarasah Ustaz Zainal di Kg Soun.

Dia pandai maka dlm masa 3 thn dia telah mampu menguasai kitab kitab yg diajar oleh ustaz Zainal.Maka dengan takdir Yang Maha Esa dia telah di pilih utk belajar di Malaysia di Madarasah Tabligh di Sri Petaling ambil ilmu dakwah selama 4 thn.

Sebelum dtg ayahnya telah meminjam duit dengan suadara maranya dan menjual sebidang tanah maka dapatlah di kumpulkan RM 2500, hanya itulah pemberian yang pertama dan sampai bila bila.

Duit itulah untuk tiket,utk visa dan itulah duit perdaftaran belajar di Madarasah dan itulah duit untuk belanja sara hidupnya...kalau ikut akal kita apakah kita tegar berbuat begitu kalau kita menghantar kita belajar keluar negara?

Aku sendiri menghantar anak anak belajar keluar negara..setiap bulan yg pasti RM 400 itu yg pasti, yg tak pasti macam macam lah lagi.

Ni RM 2500 utk 4 thn.

Iyelah kalau dah di takdirkan tentang hal rezekinya yg ditentukan oleh Allah maka rezekinya memang ada..cuma laluan rezekinya saja yg berlainan.

Firman Allah "Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya" (Al-Talaq: 2-3).
Itu janji Allah utk hambanya.

2 bln yg lalu Rusdi tulis satu SMS pd aku bunyi SMS nya "Assalamulaikum mak cik sy akan periksa 4/7 /2011 dan tahun depan saya akan masuk dauratul hadith (Sunnan Sittah) tetapi kitab belum ada lagi, saya harap mak cik tlg selesaikan dan kitab tersebut di tempah di Pakistan melalui ustaz saya di sri petaling, saya menanti segala jawapan dari mak cik"

2 minggu lepas tu aku balas SMSnya "Rusdi tulis apa nama kitab tu dan berapa harganya" sejam kemudian dia membalas SMS aku tu

Ini adalah nama kitabnya
1 Fathul bari syarah kpd Bukhari rm240
2 Tuhfatul ahwazi syarah kpd Tarmizi rm 195
3 Aunul makbut syarah kpa Abu daud rm 132
4 Mirqat mafatih syarah Misyjat masobih rm 160

Jumlah keseluruhan RM 727

Wajah pemuda yg bermuka mulus ni sering membuatkan aku rasa sgt kesian pdnya, tak boleh nak kata "tak ade" aku carilah jugak walau kat mana pun, kalau dah rezekinya memang ade..iyelah kita yg kaki tak cacat ni, kaki boleh berjalan kehulu kehilir ni tlglah cari sedikit rezeki utknya, bukanya duit tu dia nak beli baju, tp nak beli kitab utk dia belajar.

Pernah sekali aku pergi ziarahnya waktu dia belajar...masyallah Rusdi ni belajar, dia duduk bersila atas lantai dan di keliling penuh dgn kitab, waktu dah jam 11.30 mlm...terkedu aku.Bila lihat perkara macam tu yg membuat aku ni tumpang sangat gembira dan tumpang rasa senang hati, iyelah aku pemalas dlm bab belajar ni, kalau belajar pun tak akan pandai sebab banyak pikir banyak perkara.

Aku doakan Semoga usia Rusdi penuh dgn keberkatan dan hidupnya di keredhaan Allah.


No comments:

Post a Comment